Monday 14 October 2013

Gara-gara Takut Dibuang Kolej, Pelajar Mengaku Dirogol



Takut Dibuang Kolej, Pelajar Mengaku Dirogol - AMPANG JAYA : Seorang pelajar berumur 18 tahun yang berhadapan kemungkinan dibuang kolej terpaksa membocorkan rahsia dia dirogol seorang lelaki hampir sebulan lalu.

Pendedahan itu dilakukannya apabila didesak pihak pengurusan kolej supaya menunjukkan surat tunjuk berikutan kerap ponteng kelas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pelajar itu nekad membuat laporan polis, kelmarin, mendakwa dirinya dirogol lelaki itu di Taman Melawati, dekat sini, kira-kira sebulan lalu.

“Selepas kejadian rogol itu, mangsa yang terlalu trauma difahamkan bertindak mengasingkan diri dan kerap ponteng kelas sehingga pihak kolej bercadang mengeluarkan notis menamatkan pengajiannya,” katanya di sini, semalam.

Abdul Jalil berkata, mangsa tampil membuat laporan polis dengan harapan kolej berkenaan tidak membuangnya.

“Berdasarkan kandungan laporan polis dibuat mangsa, dia mendakwa dirogol seorang lelaki berumur 20-an di rumah lelaki itu, kira-kira sebulan lalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa berkenalan dengan lelaki itu hampir sebulan lalu di sebuah kedai berhampiran kolej tempat dia belajar,” katanya.

Abdul Jalil berkata, pelajar berkenaan menarik balik laporan polis yang dibuat selepas dia memaklumkan pihak kolej mengenai kejadian rogol itu.

“Walaupun mangsa mahu menarik balik laporan itu, siasatan tetap akan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kertas siasatan kes sudah dibuka sebaik laporan diterima,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mengumpul maklumat serta bukti kukuh berhubung kes, termasuk menahan lelaki yang dituduh merogol itu.

No comments:

Post a Comment