Tarikh Disiarkan : 22-May-2013
KUCHING, Selasa — Projek cadangan jalan raya dari Betong, Lidong ke Sri Aman termasuk pembinaan jambatan Batang Lupar telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) 2014/2015. Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, cadangan jalan sepanjang 23 kilometer (km) terdiri daripada 450 meter jambatan konkrit merentasi Batang Lupar menelan belanja sebanyak RM70 juta.
"Peringkat kedua pula melibatkan pembinaan jalan raya baharu sepanjang 9 kilometer dari bandar Sri Aman ke Lidong dengan kos sejumlah RM63 juta. Peringkat ketiga pula ialah menaik taraf jalan raya 16/14 km dari Lidong ke Betong yang menelan kos sebanyak RM56 juta.
“Sementara itu, RM11 juta lagi diperuntukkan untuk membayar pampasan. Justeru, jumlah keseluruhan pembinaan jalan raya tersebut ialah RM200 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Johnical Rayong (BN-Engkilili) pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Persidangan DUN Ke-17 di sini, hari ini.
Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Hal Ehwal Islam, Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata, kerja menaik taraf Jalan Mugak ke Batu Kepit di Daerah Simunjan sepanjang 2.7 kilometer telah disiapkan pada tahun lalu dengan kos lebih kurang RM500,000 dalam fasa pertama.
"Projek naik taraf baki 2.4 kilometer lagi akan dilaksanakan dalam fasa kedua dengan anggaran jumlah sebanyak RM400,000. Bagaimanapun, pelaksanaan fasa kedua ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada kerajaan negeri," katanya ketika menjawab soalan dari Snowdan Lawan (BN-Balai Ringin).
Katanya lagi, kerajaan akan menaik taraf jalan raya di kampung tersebut sepanjang 7 kilometer mengikut peruntukan yang diluluskan.

No comments:
Post a Comment