Belum lagi reda tentang kes kematian seorang kanak-kanak yang maut dalam sebuah kereta akibat ditinggalkan oleh ibunya Julai lalu (LINK), kini satu lagi kejadian serupa telah berlaku. Kali ini ia membabitkan seorang kanak-kanak lelaki. Update News difahamkan berkemungkinan kanak-kanak ini ditinggalkan dalam lingkungan setengah jam. Sebagai ibu bapa kita perlu jadikan perkara ini sebagai pengajaran. Jangan kita dianggap sebagai pembunuh satu hari nanti.
Julai lalu, negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya.
Kejadian menyayat hati itu seharusnya dijadikan iktibar oleh para ibu bapa agar ia tidak berulang pada anak mereka.
Namun tidak pasti atas alasan apa, kejadian lebih kurang serupa berlaku lagi di Ipoh, Sabtu lalu.
Ia disaksikan sendiri Ketua MCA Ipoh, Datuk Seri Micheal Chong.
Menurut Michael Chong, budak lelaki tersebut menangis sekuat hati memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV yang diletak di hadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan kerana enjin kereta dimatikan.
Dia menganggarkan, kanak-kanak tersebut mungkin telah terperangkap selama setengah jam. Sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan, dikhuatiri tragedi Julai lalu mungkin berulang semula.
Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan bomba.
Kepada para ibu bapa, tolonglah lebih peka dengan keselamatan anak anda. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi.

No comments:
Post a Comment