Wednesday, 30 October 2013

Baru je Nikah Dah Kena Cerai Talak 3

Itula nasib seorang wanita yang baru je selesai upacara akad nikah dan selepas 3 jam itu diceraikan suaminya dengan talak 3.“Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah. Saya merayu dan meminta penjelasan mengapa dia menceraikan saya, tetapi hingga hari ini (semalam), dia masih terus mendiamkan diri,” itulah luahan hati wanita ini yang mahu dikenali sebagai Sasha, berusia 21 dan berasal Gorgetown hanya sempat bergelar isteri selama kira-kira 3 jam sebelum diceraikan suaminya.


SASHA menunjukkan mas kahwin dan cincin yang diterimanya.

Menurut Shasa, dia dan suami yang berusia 19 tahun selamat bernikah jam 2 petang Ahad lalu, di sebuah masjid di Teluk Kumbar selepas mereka mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu. Katanya, sebelum diijabkabulkan, hubungan mereka sudah mulai dingin, tetapi tetap meneruskan perkahwinan itu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju.

“Hubungan kami mula dingin sejak dua bulan lalu, malah dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk membatalkan perkahwinan ketika kami berbincang mengenai hal itu, tetapi saya hairan mengapa dia tiba-tiba bertindak begitu,” rintihan Sahsa.

Sasha bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah bagaimanapun berkata, hasrat untuk berkahwin tetap diteruskan terutama selepas abang iparnya memainkan peranan menguruskan majlis berkenaan.

P/s: Jodoh dan maut ditangan Allah, kita redha apa yang ditakdirkan terjadi pada kita.


No comments:

Post a Comment