Monday 14 October 2013

TEKAP MUKA PADA KEMALUAN SYARAT USTAZ BOMOH!



TEKAP MUKA PADA KEMALUAN MERUPAKAN SYARAT PELIK USTAZ BOMOH | KUALA TERENGGANU : Dia menggunakan teknik perubatan pelik dengan meraba, menekap muka pada kemaluan selain mensyaratkan pesakit tidak memakai seluar dalam ketika bertemu sebelum meminta mangsa mencium pipi selepas rawatan selesai.

Walaupun pelik, mangsa yang percaya dengan teknik rawatan itu itu tidak membantah kerana percaya ia amalan perubatannya namun kegiatan itu akhirnya terbongkar selepas seorang gadis juga pelajar sebuah sekolah menengah di Gong Badak, dekat sini, merasakan dirinya terpedaya dengan perbuatan jijik ‘bomoh miang’ berkenaan.

Gadis berusia 17 tahun itu sebelum ini mengadu masalah mengenai teman lelakinya yang mengalami gangguan pada sarafnya kepada penceramah motivasi yang bertandang ke sekolahnya.

Kesempatan itu digunakan lelaki digelar ‘ustaz’ berusia 38 tahun itu untuk menghubunginya dan menawarkan diri bertandang ke rumah mangsa, 21 Mei lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, lelaki berkenaan turut meminta mangsa tidak memberitahu kedatangannya kepada sesiapa kerana mendakwa rumahnya didiami jin dan perlu dihalau segera.

“Akibatnya, mangsa diminta menyediakan dua botol air dan tidak memakai seluar dalam sementara menunggu mangsa tiba di rumah mangsa di Gong Badak kira-kira jam 4.30 petang ketika ahli keluarga lain tiada di rumah,” katanya.

Harian Metro difahamkan, sebaik lelaki berkenaan tiba, mangsa terus membuka pintu sebelum suspek meletakkan tangan di dada lalu memeluk, memegang punggung dan meramas buah dada serta mengusap kemaluan gadis berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, suspek menekap mukanya pada kemaluan mangsa sebelum meminta dua botol air disediakan untuk dijampi.

Manoharan berkata, mangsa memberikannya dan lelaki berkenaan membaca sesuatu sebelum dia keluar dari rumah sebaik saja meminta gadis terbabit mencium pipinya.

“Mangsa tidak melawan ketika itu kerana percaya ia syarat perubatan, namun beberapa hari selepas itu dia menceritakan teknik rawatan itu kepada seorang fasilitator dan dimaklumkan perbuatan itu satu penyelewengan dalam perubatan Islam.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dimaklumkan lelaki terbabit sudah ditamatkan perkhidmatan kerana masalah disiplin menyebabkan dia berasa tertipu lalu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu lalu,” katanya.

Ekoran laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menjalankan gerakan memburu dan mangsa serta beberapa kakitangan agensi terbabit memasang jerat meminta bomoh terbabit kembali ke rumahnya untuk berubat kali kedua.

Difahamkan, suspek yang bertandang ke rumah mangsa kira-kira jam 2 pagi kononnya untuk meneruskan ‘rawatan’ ditahan di rumah mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Manoharan berkata, lelaki berkenaan kini direman sehingga 3 Jun ini.

No comments:

Post a Comment