Sunday 13 October 2013

Rosyam Nor Dapat Gelaran Datuk Sempena Majlis Penganugerahan Hari Kelahiran ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka



Penerbit dan pelakon, Mohd. Nor Shamsuddin, 46, atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor menyifatkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DSPM) Kehormat yang membawa gelaran Datuk sebagai satu pengiktirafan buat dirinya.

Rosyam akan menerima pengiktirafan tersebut sempena majlis Penganugerahan Hari Kelahiran ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Negeri Melaka pada pagi esok.

“Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada diri saya dan setiap pengiktirafan yang diterima akan menjadi contoh dan tauladan kepada semua, tidak kira pengiktirafan itu secara kecil mahupun besar.

“Saya berserah kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa,” katanya yang ditemui pada Majlis Pembukaan Motor berkuasa besar S4M Motorsports, di ibu negara hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

No comments:

Post a Comment