Monday, 14 October 2013

Pelajar Perubatan Dirogol Dan Ususnya Dikeluarkan Dengan Tangan Di India

Kekejaman di dunia ini takkan pernah lesap. Baru-baru ini enam orang didapati bersalah merogol seorang pelajar perubatan di India yang berusia 23 tahun. Salah seorang daripada perogol tersebut didapati masih belum mencecah usia 18 tahun. Gadis tersebut dirogol dua kali, sekali semasa dia masih sedar dan sekali lagi selepas dia dibelasah teruk. Selepas itu, pesalah juvana daripada enam orang tersebut telah mengeluarkan usus gadis tersebut dengan hanya menggunakan tangannya tanpa sebarang alat. Kejadian ini berlaku selepas mangsa dan rakan lelakinya kembali dari menonton wayang menggunakan sebuah bas. Namun segalanya berubah ganas apabila rakan lelaki tersebut pelik melihat bas tersebut bergerak ke laluan berlainan yang sepatutnya. Jadi lima orang pesalah telah menggunakan besi panjang untuk memukul kepada rakan lelaki mangsa sehingga tak sedar diri. Besi panjang tersebut kemudiannya telah dimasukkan ke dalam tubuh mangsa yang dirogol sehingga kecederaan organ yang parah. Selepas merogol dan membelasah, kedua-dua mangsa tersebut telah ditolak keluar dari bas yang masih bergerak. Gadis tersebut telah dirawat untuk di beberapa hospital namun dia meninggal dunia pada 29 Disember yang lepas. Ribuan rakyat telah berarak untuk memastikan keenam-enam mereka itu dihukum mati.




No comments:

Post a Comment