Saturday 19 October 2013

Benarkah Mr Bean Sudah Memeluk Islam?

Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita tentang nama Mr Bean ini. Mr Bean dikatakan sudah memeluk agama Islam. Berita yang dikhabar ini mula viral di laman-laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. Tidak cukup itu lagi pelbagai cerita tentang Mr Bean mula menghiasi dinding-dinding Facebook. Walaubagaimanapun kesahihan berita ini masih lagi belum dipastikan kerana kita sendiri belum mendapatkan pengesahan daripada tuan punya badan sendiri. Adakah ia benar atau khabar angin? Jika benar, alhamdulillah!


BENARKAH Mr. Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson sudah memeluk Islam?

Khabar yang tidak dapat disahkan kebenarannya ini sudah mula tersebar di beberapa laman blog tertentu termasuk laman YouTube.

Melalui laman web Islampos, berita tersebut dikatakan mula disebarkan oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang Nabi Muhammad S.A.W, “Innocent of Muslim”.

Ketika ditanya media mengenai perkara itu, beliau dikatakan hanya mengangkat jarinya sahaja sebagai syarat dia sudah mengangkat dua kalimah syahadah.

Terjemahan dari artikel laman web tersebut juga mengatakan bahawa Sheikh Rashid Ghannousyi merupakan salah seorang pembimbing Mr.Bean dalam prosesnya memeluk Islam.

Kisah ini turut mendapat perhatian sebuah laman web Israel iaitu Israellycool yang menyiarkan beberapa artikel mengenainya.

Namun, seperti yang kita ketahui, mana mungkin mereka akan bersikap positif terhadap perkhabaran ini.

Ia dibuktikan dengan artikel yang bertajuk “No, We Do Not Believe Rowan Atkinson Converted To Islam (Tidak, Kami Tidak Percaya Rowan Atkinson Memeluk Islam)”.

Setakat ini belum ada berita rasmi dari sebarang akhbar atau laman web arus perdana mengenai ‘pengislaman’ Mr. Bean.

Apapun, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari pelakon dan pelawak hebat ini nanti.

No comments:

Post a Comment