Saturday 2 November 2013

Jep Sepah Memang Power Lawak Juara Super Spontan 2013 Final



Debaran semakin memuncak di pentas akhir Super Spontan 2013  dan kian terasa dimana ia menyaksikan pertembungan enam peserta yang cukup hebat iaitu Jep, Johan, Yus, Nabil, Tauke dan Rahim bersaing merebut gelaran “Raja Super Spontan 2013″
Super Spontan 2013 akhir bersiaran secara langsung (live) di Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani pada Jumaat 1 November 2013. Berdasarkan pendapat dilaman sosial, ramai mengatakan Jep Sepahtu akan dinobatkan sebagai juara untuk Super Spontan 2013 pada peringkat akhir. Ini disebabkan konsisten Jep amat menyerlah dari minggu pertama hinggalah ke peringkat akhir.
Akhirnya tekaan itu telah menjadi kenyataan apabila diumumkan Juara Super Spontan 2013 peringkat akhir telah dinobatkan kepada Jep Sepahtu yang dimenangi wang tunai sebanyak RM 100,000 dan Naib Juara telah dimenangi oleh Johan sebanyak RM 50,000 manakala Nabil ditempat ketiga memenangi wang tunai sebanyak RM 25,000.



Kedudukan Keputusan Juara Super Spontan 2013
1. Jep Sepahtu – RM 100,000
2. Johan – RM 50,000
3. Nabil – RM 25,000
4. Yus – RM 5000
5. Rahim – RM 5000
6. Tauke -RM 5000

Super Spontan terdahulu menyaksikan pengacara dan pelawak Zizan Razak dinobatkan sebagai “Raja Super Spontan” dan
tahun ini adalah milik JEP SEPAHTU. Tahniah buat JEP

No comments:

Post a Comment