Wednesday, 13 November 2013

400 Nama Pemohon BL1M ‘ghaib’ dalam senarai di Betong



Nama 400 pemohon BL1M ‘ghaib’ dalam senarai | BETONG, Isnin — Kira-kira 400 orang peserta yang telah memohon Bantuan Lesen Satu Malaysia (BL1M) dari Kabong, Saratok, Lubok Antu, Engkelili dan Betong menyerbu sebuah pusat memandu di sini seawal jam 7.00 pagi gara-gara mendapatkan bantuan itu, semalam. Namun begitu, terdapat beberapa orang kecewa kerana nama mereka tidak tersenarai dalam sistem maklumat pemohon.

Suasana semakin tegang sehingga jam 11.00 pagi apabila terdapat pemohon melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan dan nada yang marah kerana tidak terpilih dan tersenarai. Jumlah kesemua yang telah memohon program BL1M kali ini adalah seramai 1,500 orang merangkumi kawasan Kabong, Saratok, Lubok Antu, Engkilili dan Betong.

Bagi Daerah Betong sahaja, daripada 748 orang peserta, hanya 420 orang daripadanya telah selesai menjalankan ujian betulis pada 9 November 2013 (Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Memandu Jemri Amera, dekat sini. Bagi pemohon Daerah Saratok, pihak Pusat Latihan Memandu belum dapat mengenal pasti jumlah kerana nama pemohon masih belum diperolehi. Pelaksanaan program BL1M ini dilaksanakan di sebuah pusat memandu di sini.

Katanya, beliau cukup kesal dan dukacita di atas apa yang berlaku sehingga menghampakan perasaan ramai pemohon. Justeru beliau berharap agar pihak yang berwajib dan yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu memberi perhatian dan mengambil tindakan segera untuk diselesaikan. Dalam perkembangan lain, beberapa orang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hadir memberi penerangan dan cuba menenangkan peserta yang hadir dan terus sedaya upaya untuk mendapat jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan berharap mereka bersabar.

Turut hadir ditempat tersebut ialah kakitangan di Pejabat Wakil Rakyat Betong, Janting yang turut sedaya upaya untuk meredakan keadaan. Bercerita mengenai Program BL1M, ia terbuka kepada warganegara Malaysia berumur berusia antara 17 hingga 40 tahun yang tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu yang proses permohonan telah dilakukan pada awal Januari dan Febuari yang lalu dengan sistem pembayaran memalui pos.

Peserta yang gagal ujian berkomputer kali pertama akan dibenarkan untuk mengambil ujian sebanyak dua kali lagi tanpa dikenakan caj tambahan. Borang permohonan program BL1M disediakan kepada calon dalam tempoh dua minggu bermula 31 Januari. Borang berkenaan boleh didapati daripada 222 pejabat komponen parti Pemuda BN di seluruh negara, atau menerusi laman web www.bl1M.my dan www.myeg.com.my. Yuran RM199 hanya diterima dalam bentuk kiriman wang (money order), dan hanya diperlukan semasa penyerahan borang yang lengkap di pusat yang diluluskan. Sementara itu, rata-rata pemohon yang tidak tersenarai meluahkan perasaan marah dan kecewa. "Kami cukup kecewa dan marah dengan keadaan ini.

Kami pergi ke Pusat Latihan Memandu ini (Betong) sejak jam 4 pagi, semata-mata untuk mendapat dan memperolehi lesen ini, namun apa yang kami terima cukup menghampakan. "Kami cukup sabar menanti sehingga sekarang, tetapi kenapa hari ini nama kami tiada dalam sistem permohonan, sedangkan kami telah membuat bayaran dan resit telah membuktikan," jelas mereka lagi.- Utusan Sarawak

No comments:

Post a Comment