Saturday, 30 November 2013

Gadis Dirogol Beramai-Ramai, Kemudian Sebatang Lilin Dijadikan Pencuci Dosa




Seorang gadis malang di India telah dirogol beramai-ramai. Seolah ia satu pesta yang mengasyikkan. Satu Pakatan dibuat antara pemandu bas dan beberapa rakan buasnya. Puas merogol, gadis malang itu dibelasah dan kemudiannya dilempar keluar dari bas yang seharusnya membawa dia pulang dengan selamat ke kediaman keluarganya. Insiden malang ini mencetuskan kemarahan di seluruh dunia. Kita yang membacanya di sini juga terbakar dengan perasaan marah. Kita marah apabila manusia hilang perikemanusiaan demi melampiaskan nafsu serakah yang hanya menghinggap secara sementara ke dalam cetusan ghairah di atas manusia dengan tingkah abnormal ini. Cakap-cakap di dalam berita menyatakan, kes rogol dicatatkan setiap 22 minit di India.

Pantas, rusuhan bertukar menjadi wabak pernyataan rasa serta ekspresi betapa marahnya khalayak umum dengan berita yang tumbuh keluar di dada-dada akhbar dan media sosial. Kerajaan, sistem perundangan, sistem kepolisan, sistem ambil tahu masyarakat, sistem pengangkutan, kebebasan tanpa sekatan dan banyak lagi perkara ini diletakkan pada lapang sasar untuk dibidik oleh mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan parah luka kejadian tersebut.

Segala usaha ditumpukan kepada gerakan untuk menyelamatkan mangsa. Lalu dia diterbangkan ke Singapura, sebuah negara yang pernah mencatatkan kegagalan satu eksperimen perubatan tidak bertanggungjawab untuk memisahkan kembar siam Ladan dan Laleh satu ketika dulu. Ladan dan Laleh datang penuh ceria sebagai jasad yang bersatu, malang sekali mereka pulang sebagai dua mayat yang terpisah.

Entah kenapa harapan diberikan seolah mangsa rogol ini akan mendapat sentuhan magis di sana. India yang terkenal dengan universiti-universiti serta kolej-kolej perubatannya yang gah bernama cemerlang sebelum ini mungkin sudah tidak lagi percaya dengan harapan.

Malang sekali anak gadis tersebut tidak dapat diselamatkan. Segala usaha telah dilakukan. Maka api kemarahan yang sebelum ini sudah marak di India, bagaikan dicurahkan dengan minyak. Masing-masing menjerit-jerit dijalanan dan merusuh. Masing-masing menuntut pelaku jenayah kekejaman diluar norma batasan akal manusia dihukum dengan hukuman setimpal. Setimpal? Apa maksud mereka dengan tuntutan hukuman setimpal sebenarnya?

No comments:

Post a Comment