Identiti 3 beradik kes mati dibunuh di sekitar Alor Setar Kedah. Kematian tiga orang adik beradik telah menggemparkan negara sejurus mayat mereka ditemui di dua kawasan yang berasingan. Menurut pihak polis, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar dipercayai akibat dibunuh. Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela pada jam 3.45 petang Sabtu 30 Disember 2013. Manakala, dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad 1 Disember 2013. Ketiga adik-beradik ini juga telah dilaporkan hilang sejak 29 November 2013 setelah keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam ke rumah rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam.
Polis Nafi Noor Syafikah Nadia Dirogol
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bagaimanapun menolak laporan terdahulu bahawa Noor Syafikah Nadia telah dirogol berdasarkan keadaan mayatnya yang separuh bogel semasa ditemui. Keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat remaja itu mendapati tidak terdapat kesan rogol. Walaupun terdapat unsur lemas dari hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu, namun terdapat elemen yang meragukan dan bukannya disebabkan lemas biasa.
Sementara itu, laporan bedah siasat ke atas mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma sudah diperoleh pada 2 Disember 2013. Polis mengesahkan mayat dua beradik yang ditemui terapung dalam tali air di Alor Senibong maut akibat lemas. Polis bagaimanapun menunggu laporan kimia ke atas spesimen yang diambil dari ketiga-tiga mangsa yang dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang.
Kronologi Kisah Kematian 3 Beradik Di Kedah
29 November 2013: Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam ke rumah rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang berhampiran. Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa susulan tiga beradik tersebut gagal pulang ke rumah.
30 November 2013: Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela. Polis sahkan bahawa Noor Syafikah Nadia mati akibat dibunuh dan bukannya dirogol kerana hasil bedah siasat tidak menemui kesan rogol keatas mangsa.
1 Disember 2013: Mayat Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang.
2 Disember 2013: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Perlis ditahan untuk bantu siasatan kes kematian tiga beradik yang ditemui maut di dua lokasi berasingan. Remaja itu juga merupakan kenalan salah seorang mangsa dan kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
No comments:
Post a Comment