Thursday 26 December 2013

Adik Paul Walker Mungkin Gantikan Wataknya Di Dalam Fast & Furious 7?



Kerana dikatakan seiras dengan mendiang abangnya, adik Paul Walker, Cody Walker kini dikatakan menjadi pilihan tepat untuk menggantikan watak Paul dalam filem Fast And Furious 7 (F&F7) yang sudah pun memasuki siri ketujuhnya.

Kematian tragik Paul pada 30 November lalu ternyata meninggalkan kesedihan yang mendalam buat barisan pelakon dan krew F&F7 kerana pada ketika itu mereka masih lagi terlibat dengan penggambaran untuk menyudahkan filem arahan pengarah kelahiran Malaysia, James Wan.

Menurut sumber Hollywood Life, Cody yang merupakan seorang pelakon aksi lagak ngeri mungkin akan dipanggil untuk menggantikan mendiang abangnya kerana mereka dikatakan sangat seiras dan memiliki tubuh badan yang hampir serupa.

Kalau benarlah cerita ini, mungkin watak Brian O’Conner akan diteruskan bagi menyiapkan jalan cerita mengikut skrip asal F&F7.

Buat penggemar siri filem francais hebat ini, tunggu dan lihat sahaja nanti perkembangan filem yang dijangka bakal ditayangkan di Amerika pada Julai tahun hadapan.


No comments:

Post a Comment