Saturday 30 November 2013

Gadis Dirogol Beramai-Ramai, Kemudian Sebatang Lilin Dijadikan Pencuci Dosa




Seorang gadis malang di India telah dirogol beramai-ramai. Seolah ia satu pesta yang mengasyikkan. Satu Pakatan dibuat antara pemandu bas dan beberapa rakan buasnya. Puas merogol, gadis malang itu dibelasah dan kemudiannya dilempar keluar dari bas yang seharusnya membawa dia pulang dengan selamat ke kediaman keluarganya. Insiden malang ini mencetuskan kemarahan di seluruh dunia. Kita yang membacanya di sini juga terbakar dengan perasaan marah. Kita marah apabila manusia hilang perikemanusiaan demi melampiaskan nafsu serakah yang hanya menghinggap secara sementara ke dalam cetusan ghairah di atas manusia dengan tingkah abnormal ini. Cakap-cakap di dalam berita menyatakan, kes rogol dicatatkan setiap 22 minit di India.

Pantas, rusuhan bertukar menjadi wabak pernyataan rasa serta ekspresi betapa marahnya khalayak umum dengan berita yang tumbuh keluar di dada-dada akhbar dan media sosial. Kerajaan, sistem perundangan, sistem kepolisan, sistem ambil tahu masyarakat, sistem pengangkutan, kebebasan tanpa sekatan dan banyak lagi perkara ini diletakkan pada lapang sasar untuk dibidik oleh mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan parah luka kejadian tersebut.

Segala usaha ditumpukan kepada gerakan untuk menyelamatkan mangsa. Lalu dia diterbangkan ke Singapura, sebuah negara yang pernah mencatatkan kegagalan satu eksperimen perubatan tidak bertanggungjawab untuk memisahkan kembar siam Ladan dan Laleh satu ketika dulu. Ladan dan Laleh datang penuh ceria sebagai jasad yang bersatu, malang sekali mereka pulang sebagai dua mayat yang terpisah.

Entah kenapa harapan diberikan seolah mangsa rogol ini akan mendapat sentuhan magis di sana. India yang terkenal dengan universiti-universiti serta kolej-kolej perubatannya yang gah bernama cemerlang sebelum ini mungkin sudah tidak lagi percaya dengan harapan.

Malang sekali anak gadis tersebut tidak dapat diselamatkan. Segala usaha telah dilakukan. Maka api kemarahan yang sebelum ini sudah marak di India, bagaikan dicurahkan dengan minyak. Masing-masing menjerit-jerit dijalanan dan merusuh. Masing-masing menuntut pelaku jenayah kekejaman diluar norma batasan akal manusia dihukum dengan hukuman setimpal. Setimpal? Apa maksud mereka dengan tuntutan hukuman setimpal sebenarnya?

Seram! Penampakan Hantu Perempuan Bertudung Di Luar Tingkap Tingkat 3






Gambar ini dikirimkan oleh F (Nama sebenar tidak mahu disiarkan). Berikut adalah teks yang disertakan bersama-sama gambar ini:

gmbr yg saya hntr ni, berlaku di salah satu IPTA di negara ini (maaf, saya xdpt sebut)..kami mengajar di IPTA tersebut.

Pada mlm tu, kami menganjurkan program Debate in English, and a friend of mine tgh dukung anak kepada kwn. Mase tgh tangkap gmbr tu, xde sape2 kat kawasan tu sbb semua students berada didalam class. We only noticed ada benda dibelakang kwn saya lepas gmbr ni diupload di facebook (maaf, terpaksa tutup muka kwn and anak kwn).

Yang peliknyer, kami berada di tingkat 3. yg saya perasan, benda tu berada diluar tingkap, dan tiada siapa boleh keluar dr tingkap tu.Walaupun ada pintu,-utk technician keluar baiki aircond tetapi pintu tu mmg berkunci. kalau ada students luar dr tingkap tu, kami akan marah mereka tetapi, sbb xada sesiapa pun diluar tu. saya sebagai tenaga pengajar di IPTA tersebut xpernah melalui nya lg, tetapi selepas melihat gmbr ni.saya sendiri terkedu. wallahualam.

Penampakan objek atau makhluk di dalam gambar sememangnya satu fenomena yang tidak dapat diduga. Cuba cek balik koleksi gambar-gambar dalam simpanan anda. Manalah tahu ada penampakan seperti ini. Jangan lupa kongsikan bersama kami.

Ngeri! Keadaan Lelaki Setelah Terlibat Dalam Pergaduhan

Beginilah keadaan Lelaki ini setelah terlibat dalam pergaduhan yang ganas..Sungguh mengerikan keadaan mayat ni..dah la ditetak..kena bakar pulak tu..


Thursday 28 November 2013

Lepas Main PS4 Terus Bogelkan Isteri Secara Langsung




Seorang pengguna PlayStation 4 (PS4) yang mabuk mencetus kontroversi apabila menggunakan ciri video langsung yang terdapat pada konsol permainan Sony tersebut untuk menayangkan aksi panas dia membogelkan isterinya.

Pada mulanya dia dilihat mendedahkan payu dara isterinya yang dipercayai tertidur di sofa, sebelum melucutkan keseluruhan pakaian kira-kira 15 minit kemudian.

Mereka suami isteri dipercayai sama-sama mabuk ketika kejadian berlaku.

Tindakan pemain dikenali sebagai Darckobra menggunakan ‘Playroom’ yang baru diperkenalkan pada PS4 yang dilancarkan 15 November lalu di Amerika Syarikat, kemungkinan besar bakal membuatkan Sony merancang semula ciri tersebut pada permainannya.

Sebelum kejadian membogelkan isteri ini, terdapat juga pemain PS4 lain menyalahgunakan Playroom untuk menunjuk mereka bermain dengan senjata api dan melelong PS3.

Twitch TV, yang mengawal tayangan Playroom dengan segera menyekat Darckobra sebaik menyedari insiden ini sebelum mengeluarkan tweet mengingatkan pengguna PS4 agar menggunakan ciri Playroom hanya untuk tujuan bermain.

Kami terfikir apa agaknya respon bini Darckobra setelah menyedari dia diaibkan suaminya sampai gambar tersebar satu dunia? Naya, naya..




Wednesday 27 November 2013

Beginilah Akibatnya Memakai Seluar Pendek Yang Fit Dan Letak Handphone Di Poket Belakang

Jadi ingat jangan selalu letak handphone anda terutamanya Iphone di poket belakang. Ini selalu berlaku apabila memakai seluar fit yang pendek dan tempat yang paling sesuai letak handphone adalah di poket belakang.