Friday 6 December 2013

Kehidupan Jep Sepahtu Sebelum Jadi Pelawak




Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jepp Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu. Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu. Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep. Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita. “Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan.

Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar. “Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan. “Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin. “Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad).

Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga. “Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi. Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat. “Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jepp.

Rakaman Aksi Seks Pasangan Melayu Semakin Banyak Tersebar Di Internet, Apa Sudah Jadi?



Apa sudah jadi dengan ‘orang kita’.

Sama ada sengaja, atau tanpa disedari, beratus rakaman aksi seks pasangan Melayu sudah tersebar di internet.

Malah ada yang mendakwa jumlah tersebut mungkin mencecah ribuan apatah lagi pelbagai aplikasi yang wujud sekarang sekarang ini terutama melalui telefon bimbit pintar yang membolehkan ia tersebar secara meluas.

Malangnya, walaupun isu ini sudah lama didedah dan diperbincangkan, ternyata ia seolah-olah tidak dijadikan iktibar, malah semakin hari ada saja rakaman aksi terlarang seumpama itu yang ‘muncul’.




Ia bermula dari golongan muda hinggalah yang jatuh dalam kategori ‘tua nak mampus’ pun masih sanggup merakamkan aksi seks mereka!

Mungkin ada yang sekadar mahu ‘mengabadikan’ aksi mereka untuk tontonan sendiri tetapi mereka tidak sedar akan padah yang menanti bila rakaman itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita sedia maklum ramai di kalangan kita, malah mereka yang dalam status VVIP pun terjebak dalam masalah ini.



Artis ada, guru juga terlibat malah mereka yang bergelar ustaz pun terheret sekali dalam kancah yang sungguh menjijikkan itu.

Remaja jangan ceritalah, terutama yang baru nak ‘kenal dunia’.

Percayalah tiada mekanisma yang boleh membendung masalah ini kecuali individu itu sendiri.

Hubungan seks adalah suci jika terjalin di kalangan mereka yang berkahwin tetapi pada masa yang sama, ia adalah rahsia yang perlu disimpan dan haram untuk didedahkan, apatah lagi untuk tontonan umum.

Tuesday 3 December 2013

Suami Yang Kejam Sanggup Kelar Muka Isteri Guna Pisau Lipat

Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.



Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.

Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.

sumber : mymetro

Identiti 3 Beradik Kes Mati Dibunuh Di Alor Setar Kedah

Identiti 3 beradik kes mati dibunuh di sekitar Alor Setar Kedah. Kematian tiga orang adik beradik telah menggemparkan negara sejurus mayat mereka ditemui di dua kawasan yang berasingan. Menurut pihak polis, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar dipercayai akibat dibunuh. Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela pada jam 3.45 petang Sabtu 30 Disember 2013. Manakala, dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad 1 Disember 2013. Ketiga adik-beradik ini juga telah dilaporkan hilang sejak 29 November 2013 setelah keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam ke rumah rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam.












Polis Nafi Noor Syafikah Nadia Dirogol

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim bagaimanapun menolak laporan terdahulu bahawa Noor Syafikah Nadia telah dirogol berdasarkan keadaan mayatnya yang separuh bogel semasa ditemui. Keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat remaja itu mendapati tidak terdapat kesan rogol. Walaupun terdapat unsur lemas dari hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu, namun terdapat elemen yang meragukan dan bukannya disebabkan lemas biasa.

Sementara itu, laporan bedah siasat ke atas mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma sudah diperoleh pada 2 Disember 2013. Polis mengesahkan mayat dua beradik yang ditemui terapung dalam tali air di Alor Senibong maut akibat lemas. Polis bagaimanapun menunggu laporan kimia ke atas spesimen yang diambil dari ketiga-tiga mangsa yang dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang.

Kronologi Kisah Kematian 3 Beradik Di Kedah

29 November 2013: Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam ke rumah rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang berhampiran. Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa susulan tiga beradik tersebut gagal pulang ke rumah.

30 November 2013: Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela. Polis sahkan bahawa Noor Syafikah Nadia mati akibat dibunuh dan bukannya dirogol kerana hasil bedah siasat tidak menemui kesan rogol keatas mangsa.

1 Disember 2013: Mayat Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang.

2 Disember 2013: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Perlis ditahan untuk bantu siasatan kes kematian tiga beradik yang ditemui maut di dua lokasi berasingan. Remaja itu juga merupakan kenalan salah seorang mangsa dan kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan.







Monday 2 December 2013

Gambar-gambar Yang Mereka tak Sedar Dah kantoi

Kalau nak ambil gambar tengah tido pun tengoklah background dulu..kan dah kantoi..hahahahaha