Thursday 31 October 2013

Gila Superman, Sanggup Bedah Muka Nak Tiru Gaya Superman

Seorang peminat tegar watak Superman di Filipina sanggup membelanjakan wang sebanyak £4,400 (RM22,337) untuk menyerupai wajah watak adi wira kegemarannya itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, sanggup melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya.





Dia mengubah hidung, memutihkan kulit, menyedut lemak bibir, melakukan penjajaran rahang, mengimplan otot perut dan punggung bagi meniru kehidupan sebenar watak Clarke Kent.

Herbert Chavez mula jatuh cinta dengan watak adi wira itu yang terkenal dengan kain mantel merah dan lambang logo S ketika berusia lima tahun selepas menonton watak tersebut di televisyen.


Dengan gaji sebanyak 90 Pesos (RM6.57) sejam, dia sanggup berbelanja besar untuk minatnya itu. Herbert Chavez berazam mahu mengajar kanak-kanak mengenai nilai-nilai moral yang baik, di samping menceriakan hari mereka.

Dia juga memiliki koleksi memorabilia Supermen terbesar di dunia berjumlah 5,000 unit termasuk patung sebesar sebatang pokok.


Parody Filem Terbaik Punyer...Confirm Sakit Perut Lepas Tengok..(+18SG)

Selepas admin tengok video ni rasa tak puas je tengok ni, sampai 2 - 3 kali ulang..bila tengok video ni pun rasa nak tengok je filem ni dalam versi panjang..hahahahaha..lawak weiii...



Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2013

Wednesday 30 October 2013

Gara-gara Memuaskan Nafsu Guru Wanita Ditangkap JKKK Bogel Di Kampung Batu 9




Gara-gara Memuaskan Nafsu Guru Wanita Ditangkap JKKK Bogel Di Kampung Batu 9 | GARA-GARA tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.

Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.

“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatakan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.

“Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.

Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak.

Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh.

Baru je Nikah Dah Kena Cerai Talak 3

Itula nasib seorang wanita yang baru je selesai upacara akad nikah dan selepas 3 jam itu diceraikan suaminya dengan talak 3.“Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah. Saya merayu dan meminta penjelasan mengapa dia menceraikan saya, tetapi hingga hari ini (semalam), dia masih terus mendiamkan diri,” itulah luahan hati wanita ini yang mahu dikenali sebagai Sasha, berusia 21 dan berasal Gorgetown hanya sempat bergelar isteri selama kira-kira 3 jam sebelum diceraikan suaminya.


SASHA menunjukkan mas kahwin dan cincin yang diterimanya.

Menurut Shasa, dia dan suami yang berusia 19 tahun selamat bernikah jam 2 petang Ahad lalu, di sebuah masjid di Teluk Kumbar selepas mereka mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu. Katanya, sebelum diijabkabulkan, hubungan mereka sudah mulai dingin, tetapi tetap meneruskan perkahwinan itu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju.

“Hubungan kami mula dingin sejak dua bulan lalu, malah dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk membatalkan perkahwinan ketika kami berbincang mengenai hal itu, tetapi saya hairan mengapa dia tiba-tiba bertindak begitu,” rintihan Sahsa.

Sasha bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah bagaimanapun berkata, hasrat untuk berkahwin tetap diteruskan terutama selepas abang iparnya memainkan peranan menguruskan majlis berkenaan.

P/s: Jodoh dan maut ditangan Allah, kita redha apa yang ditakdirkan terjadi pada kita.