Saturday 19 October 2013

Buaya Terbesar Dunia Ditemui Mati

Jika anda pernah berkunjung ke Taman Buaya, Ayer Keroh Melaka, sudah pasti kita akan dapat melihat seekor buaya yang agak besar di bahagian pintu hadapan. Itu sebenarnya seekor buaya yang telah lama mati dan kemudiannya diawetkan untuk tujuan pameran. Inilah yang bakal dihadapi oleh seekor buaya air masin paling besar di dunia apabila ditemui mati dalam di sebuah kolam. Bangkainya kemudian di bawa ke sebuah tempat untuk tujuan diawetkan.



Manila: Buaya yang diiktiraf sebagai buaya air masin paling besar di dunia mati kelmarin selepas ditemui dalam keadaan terlentang dengan perut kembung di sebuah di kolam di taman eko pelancongan Bunawan kelmarin.

Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde berkata buaya yang dikenali sebagai Lolong, mengambil sempena nama salah seorang pegawai hidupan liar yang mati ketika dalam perjalanan ke Bunawan, menjadi tarikan utama pelancong sejak ditangkap 17 bulan lalu. Kematiannya mencetuskan perasaan sedih dan suasana murung di kalangan penduduk tempatan.



Ketika bercakap pada sidang akhbar di wilayah Agusan del Sur kelmarin, Elorde berkata pihaknya bercadang mengadakan upacara khas sebelum bangkai Lolong diawet di sebuah muzium tempatan sebagai peringatan.

Seluruh bandar dan wilayah ini bersedih dengan kematian Lolong, katanya yang menambah, buaya berkenaan berusia kira-kira 50 tahun.

Guinness World Records mengisytiharkan Lolong sebagai buaya air masin dalam kurungan terbesar di dunia dengan ukuran 6.17 meter (20.24 kaki), mengatasi seekor buaya Austrlia panjangnya lima meter (17 kaki) dan berat hampir satu tan. AP

Ahli Sihir Dibogel Dan Dibakar Hidup-Hidup

Buat jahat dibalas buruk. Itulah yang dilakukan terhadap seorang ahli sihir yang merupakan wanita di Papua New Guinea. Wanita ini telah menggunakan ilmu hitam terhadap seorang budak lelaki sehingga menyebabkan mangsa maut di hospital. Ekoran daripada kejadian itu, beberapa orang penduduk mula mencetuskan kemarahan dengan membogelkan ahli sihir terbabit serta membakarnya dalam keadaan hidup-hidup. Fuh serius ngeri!



Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam.

Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu.

Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam.

Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut.

Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian.

Wanita itu mati di tempat kejadian.


Benarkah Mr Bean Sudah Memeluk Islam?

Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita tentang nama Mr Bean ini. Mr Bean dikatakan sudah memeluk agama Islam. Berita yang dikhabar ini mula viral di laman-laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. Tidak cukup itu lagi pelbagai cerita tentang Mr Bean mula menghiasi dinding-dinding Facebook. Walaubagaimanapun kesahihan berita ini masih lagi belum dipastikan kerana kita sendiri belum mendapatkan pengesahan daripada tuan punya badan sendiri. Adakah ia benar atau khabar angin? Jika benar, alhamdulillah!


BENARKAH Mr. Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson sudah memeluk Islam?

Khabar yang tidak dapat disahkan kebenarannya ini sudah mula tersebar di beberapa laman blog tertentu termasuk laman YouTube.

Melalui laman web Islampos, berita tersebut dikatakan mula disebarkan oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang Nabi Muhammad S.A.W, “Innocent of Muslim”.

Ketika ditanya media mengenai perkara itu, beliau dikatakan hanya mengangkat jarinya sahaja sebagai syarat dia sudah mengangkat dua kalimah syahadah.

Terjemahan dari artikel laman web tersebut juga mengatakan bahawa Sheikh Rashid Ghannousyi merupakan salah seorang pembimbing Mr.Bean dalam prosesnya memeluk Islam.

Kisah ini turut mendapat perhatian sebuah laman web Israel iaitu Israellycool yang menyiarkan beberapa artikel mengenainya.

Namun, seperti yang kita ketahui, mana mungkin mereka akan bersikap positif terhadap perkhabaran ini.

Ia dibuktikan dengan artikel yang bertajuk “No, We Do Not Believe Rowan Atkinson Converted To Islam (Tidak, Kami Tidak Percaya Rowan Atkinson Memeluk Islam)”.

Setakat ini belum ada berita rasmi dari sebarang akhbar atau laman web arus perdana mengenai ‘pengislaman’ Mr. Bean.

Apapun, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari pelakon dan pelawak hebat ini nanti.

Akibat Terlalu Hensem Lelaki Dapat Mercedes

Memandu kereta mewah merupakan antara impian ramai orang. Sebut sahaja kereta mewah seperti Mercedes, BMW ia hanya mampu dipandu oleh golongan kaya sahaja. Namun ia boleh berubah, jika anda benar-benar hensem. Mengapa pula? Haa, KisahBest.My mahu berkongsi dengan anda tentang nasib bertuah seorang lelaki apabila ia menerima satu hadiah sebuah kereta Mercedes daripada peminatnya. Pemberian kereta itu adalah disebabkan dirinya dianggap paling kacak di dunia. Kacak ke?



OTTAWA – Seorang lelaki  yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.

Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.

Thursday 17 October 2013

Hantu Penanggal Yang Menyeramkan (3 Gambar)



Hantu Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.



Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.


Tetapi, kami difahamkan sekarang banyak pengamal ilmu penanggal ini kurang berminat dengan ilmu ini kerana mereka kuatir apabila mereka terbang dengan isi perut yang berjuntai itu akan terkena renjatan elektrik. Maklum la sekarang kan banyak tiang elektrik.