Thursday, 24 April 2014
iPhone Guru Wanita Dicuri 6 Gambar "Panas" Tersebar Di Facebook
Seorang guru wanita di Amerika Syarikat mengaku foto bogelnya telah disebar di Facebook setelah iPhone miliknya dicuri.
Wanita yang berasal dari Ohio adalah seorang guru IPA kelas 5 di Sekolah Mubaligh di wilayah Cincinnati ini melaporkan kehilangan iPhone pada 24 November 2013.
Sehari selepas ia dilaporkan hilang, foto-foto bogelnya tersebar luas di Facebook.
Jurucakap sekolah menegaskan apa yang terjadi diluar kawalan sekolah. Ibu bapa pelajar sekolah tersebut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada guru ini namun mereka agak kesal dan terkejut dengan gaya hidup yang guru tersebut amalkan.
Pelajar Perempuan Dicekup Terbaring Tanpa Pakaian
KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.
Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.
Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.
Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.
Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.
Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.
Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.
Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.
Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.
Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertuduhan khalwat.
Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.
Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan.
"Saya Tidak Kisah Tubuh Dijamah Mata Lelaki"
“Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.
Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.
Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.
Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.
Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.
Thursday, 17 April 2014
Fizo Omar Bagi Sebab Tudung Fareeda Mahal
“Pertama sekali, kami di pihak Fareeda meminta maaf jikalau komen yang diberikan menerusi Facebook tersebut tidak bersesuaian. Namun begitu, ingin saya tegaskan di sini yang bukan isteri saya membalas komen tersebut. Ada lima orang kakitangan ditugaskan untuk menyelia laman Facebook tersebut.
Tapi daripada pihak kami sendiri, mungkin kesilapan penggunaan ayat berlaku. Jadi atas perkara tersebut, kami memohon maaf,” ujar Fizo Omar mengenai dakwaan yang mengatakan isterinya, Mawar Abdul Karim membalas komen pelanggan di Instagram dengan cara yang ‘berlagak’.
“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan ‘fesyen ikut kemampuan’ dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham,” tutur Fizo lagi.
“Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200. Ramai pelanggan yang beratur di luar butik kami seawal jam 4.00 pagi untuk membeli tudung Fareeda. Sewaktu butik kami dibuka, mereka hanya boleh mengambil satu nombor giliran dan seorang pelanggan boleh membeli maksimum dua helai tudung sahaja. Kebanyakkan mereka yang beratur dan membeli adalah anak-anak muda dan mereka menjual semula tudung yang dibeli kepada ‘reseller’ dengan upah RM50.
‘Reseller’ pun mahu melakukan bisnes jadi mereka menjual semula dengan harga RM300 dan sebagainya. Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi,” ujar Fizo ketika dihubungi oleh GUA.
Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong.
“Fareeda adalah sebuah jenama eksklusif dan selesa untuk dipakai, jadi tiada salahnya dengan harga yang diletakkan. Kami juga ada menjual ‘pre-loved’ yang harganya kurang daripada RM100. Ada sesetengah pihak cuba untuk jadikan perkara ini sebagai isu. Apa pun, saya dan Mawar menerima semuanya dengan senyuman sahaja. Kami ambil ini sebagai petanda untuk bisnes yang dijalankan akan maju ke hadapan lagi selepas ini,” ujar Fizo mengakhiri perbualan.
Pasangan Kekasih Beraksi ‘Panas’ Di Restoran
MUNGKIN pasangan kekasih ini boleh dikategorikan sebagai manusia yang sudah putus urat malunya.
Apa tidaknya, mereka boleh beraksi ‘panas’ dalam sebuah restoran steamboat di Singapura.
Lihat Apa Yang Terjadi Dengan Pemanduan 210Km/h?
Gambar pasangan ini telah dikongsi di laman STOMP oleh seorang pengunjung restoran tersebut yang dikenali sebagai ‘STST’.
Menurutnya, kedua-dua mereka langsung tidak memperdulikan pandangan orang ramai yang ternyata jelik dengan aksi mesra mereka di meja makan.
“Mereka bergilir-gilir duduk di atas riba masing-masing dan asyik bersentuhan. Saya rasa seolah-olah sedang menonton filem porno ringan semasa makan!
“Apa sudah jadi dengan anak muda zaman sekarang?,” ujarnya kesal.
Mungkinkah pasangan ini sengaja mencari publisti murahan? Atau sememangnya sudah tidak mampu menahan nafsu?
Hanya mereka saja yang tahu jawapannya…
Subscribe to:
Posts (Atom)