Thursday 17 April 2014

Fizo Omar Bagi Sebab Tudung Fareeda Mahal


“Pertama sekali, kami di pihak Fareeda meminta maaf jikalau komen yang diberikan menerusi Facebook tersebut tidak bersesuaian. Namun begitu, ingin saya tegaskan di sini yang bukan isteri saya membalas komen tersebut. Ada lima orang kakitangan ditugaskan untuk menyelia laman Facebook tersebut.

Tapi daripada pihak kami sendiri, mungkin kesilapan penggunaan ayat berlaku. Jadi atas perkara tersebut, kami memohon maaf,” ujar Fizo Omar mengenai dakwaan yang mengatakan isterinya, Mawar Abdul Karim membalas komen pelanggan di Instagram dengan cara yang ‘berlagak’.

“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan ‘fesyen ikut kemampuan’ dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham,” tutur Fizo lagi.

“Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200. Ramai pelanggan yang beratur di luar butik kami seawal jam 4.00 pagi untuk membeli tudung Fareeda. Sewaktu butik kami dibuka, mereka hanya boleh mengambil satu nombor giliran dan seorang pelanggan boleh membeli maksimum dua helai tudung sahaja. Kebanyakkan mereka yang beratur dan membeli adalah anak-anak muda dan mereka menjual semula tudung yang dibeli kepada ‘reseller’ dengan upah RM50.

‘Reseller’ pun mahu melakukan bisnes jadi mereka menjual semula dengan harga RM300 dan sebagainya. Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi,” ujar Fizo ketika dihubungi oleh GUA.

Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong.

“Fareeda adalah sebuah jenama eksklusif dan selesa untuk dipakai, jadi tiada salahnya dengan harga yang diletakkan. Kami juga ada menjual ‘pre-loved’ yang harganya kurang daripada RM100. Ada sesetengah pihak cuba untuk jadikan perkara ini sebagai isu. Apa pun, saya dan Mawar menerima semuanya dengan senyuman sahaja. Kami ambil ini sebagai petanda untuk bisnes yang dijalankan akan maju ke hadapan lagi selepas ini,” ujar Fizo mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment