Wednesday, 8 January 2014
Johan (Raja Lawak) Menang RM1 Juta Saman Kes Dibaling Gelas!
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) berjaya memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan aktor tersebut di kepala.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam di sini pada Selasa bagaimanapun menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.
Dalam pada itu mahkamah turut mengarahkan defendan untuk mengeluarkan kenyataan maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik.
Bagaimanapun permohonan defendan membuat tuntutan balas terhadap Johan dengan menuntut wang RM2 juta dibatalkan.
Pada perbicaraan kes tersebut berlangsung, Johan hanya diwakili peguam Zahrin Ishak dan pembantu peguam berkenaan, Suhaimi Saad.
Manakala pihak defendan pula diwakili peguam Baljit Singh.
Pada Jun 2010, Johan membuat tuntutan saman terhadap pengarah Mohd Javed menerusi syarikat produksi Juara Filem Productions Sdn Bhd agar membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010.
Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.
Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Mohd Javed dalam tuntutan berkenaan turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan e-mel yang diedarkan kepada persatuan-persatuan seni dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut.
Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.
Johan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah berkenaan. – mStar Online
Thursday, 2 January 2014
Akibat Tak Tutup Aurat Di Facebook, Roh Gadis Tidak Tenang
Ini realiti yang berlaku sejak adanya laman sosial Facebook. Maaf, aku terpaksa menutup semua link yang gambar yang berkaitan dengan Arwah. Semua orang boleh baca, apa yang ada dalam gambar di atas.
Seorang gadis yang dahulunya meletakkan gambar2 hotnya yang tidak menutup aurat di akaun facebooknya.
Yelah, mana ada manusia yang tahu bila ajalnya akan tiba. Bila dah jadi macam ini, nak menyesal tak berguna lagi. Gambar-gambar yang terdedah aurat masih lagi dapat di lihat orang orang lain dan dosanya mengalir walaupon arwah sudah tiada. Nauzubillah….mintak dijauhkan Allah…
Pengguna facebook diluar sana perlu beringat-ingat. Nak jadi hot di kalangan rakan-rakan facebook korang bukan ini caranya. Kalo nak letak gambar dalam tu boleh, tetapi biarlah gambar yang menutup aurat. Supaya apabila perkara yang tidak di ingini berlaku, kita boleh pergi dengan tenang.
Suatu ketika dahulu, pernah berlaku kes menyihir gambar melalui gambar di Facebook. Untuk mengelak perkara sihir berlaku, jangan lupa amalkan Bacaan Mathurat setiap pagi dan petang. Aku pesan je kat orang, kadang2 aku pon terlupa dan terleka dengan kesibukkan dunia.
Share kepada rakan-rakan anda, supaya perkara macam ini tidak berlaku lagi. Kadang-kadang aku pernah dengar, “Kubur lain2, dosa pahala aku yang tanggung!!”. Bukan main lantang lagi bersuara, ingat ye saudara, saudara mati nanti, orang lain yang tlg menguruskan jenazah saudara, orang lain yang mengebumikan saudara.
Wednesday, 1 January 2014
Inilah Wajah Sebenar Bandi Amuk
Kepada peminat-peminat tegar band Amuk yang sangat popular dengan kelunakan suaranya pasti anda tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa sebenar beliau tanpa memakai topeng.
Terbaru, Bandi telah menunjukkan rupa sebenarnya dan pastinya seluruh peminat band Amuk akan gembira dengan pendedahan ini.
Bandi mendedahkan wajahnya ketika majlis persandingan anak sulungnya. Ialah takkanlah Bandi nak bertopeng pula ketika berdepan dengan besan. Takut pula besan dengan tok kadi lari apabila melihat dia kekal dengan imej begitu.
Bodoh! Lelaki Kantoi Adakan Hubungan Seks Dengan Basikal!
Stockholm – Polis di Sweden melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang dirakam mengadakan hubungan seks dengan basikal.
Lelaki itu dilihat melakukan perbuatan itu selepas pemilik basikal berkenaan memasang kamera litar tertutup di luar rumah untuk menangkap orang yang sering membocorkan tayar basikalnya.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian tutup kepala mencelapak di atas tayar belakang sambil memegang kertas.
Dia kemudian memancitkan tayar itu dan beronani ketika ia kempis.
Polis di bandar Osterlund melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada perbuatan lelaki itu ada kaitan dengan beberapa kejadian jenayah di kawasan berkenaan pada 2007.
Ketika itu, seorang lelak yang berusia kira-kira 35 tahun ditangkap kerana memancitkan tayar 20 basikal sebelum beronani sambil mencelapak di atas basikal berkenaan.
Sementara itu, pemilik basikal Per Edstrom berkata, dia tidak mendendami lelaki berkenaan sebaliknya hanya mahu dia menghentikan perbuatannya itu.
“Saya tidak takut dengan dia. Hanya sakit hati kerana sentiasa terpaksa membetulkan tayar basikal saya,” kata Edstrom. – AP
Suami Jahanam Kerat Hidung Dan Bibir Isterinya
HERAT (AFHANISTAN): Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah. Setara, 30, ibu kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya. Beliau juga dibelasah dengan teruk sebelum dikerat hidung dan bibir.
"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.
Ibu mangsa, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.
"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.
Ibu mangsa, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)