Monday 7 April 2014

Helmet ROBOCOP tersangat awesome telah direka ke realiti

Alfred Boyadgis, seorang pelajar reka bentuk UNSW berusia 23-tahun telah mereka topi kaledar Robocop ke dunia sebenar.
Reka bentuk prototaip topi keledar adalah projek tahun akhir dan berjaya menarik ramai peminat dengan hasilnya yang sungguh futuristic. Ia akan diguna pakai oleh anggota polis untuk permulaan jika berjaya dipasarkan.









Topi keledar ini dipanggil Forcite telah dilengkapi pelbagai ciri yang mengagumkan seperti mempunyai paparan GPS melalui suara dan paparan menunjukkan maklumat penjenayah kritikal betul-betul di depan mata polis. Ia juga boleh mengandungi pautan ke sistem data base untuk mengenal pasti nombor plat status sesebuah kenderaan secara automatik. Selain itu kelebihannya sistem komunikasi dapat berhubung secara terus tanpa membuka helmet ke talian-talian kecemasan seperti bomba, hospital dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment