Friday 24 January 2014

Berita Baik Ada Jawatan Kosong Untuk Di Isi




Jawatan mengisi kekosongan: JAWATAN MAKMUN SOLAT BERJEMAAH LIMA WAKTU.

Pendapatan Lumayan : 27 x Ganda pahala 5 x sehari

Bonus Mingguan : Khutbah Jumaat, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib

Kelayakan : Baligh, Lelaki dan Perempuan, Tidak Gila, Tidak Uzur

Tarikh Tutup : Sebelum Mati @ Tiba Hari Kiamat

Kelebihan solat berjemaah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw,

Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah saw bersabda, " Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik (afdhal) mutunya daripada solat bersendirian"

- (Riwayat Malik Wal Bukhar i Wa Muslim Wattarmizi)

Sewajarnyalah ganjaran yang berlipat ganda itu tidak patut dilepaskan dengan sia-sia bagi orang yang mengharapkan keredhaan Allah swt, dengan hanya berusaha dan berkorban lebih sedikit. Oleh itu marilah sama-sama kita merebut keuntungan-keuntungan yang dijanjikan Allah swt, di akhirat nanti.

Janganlah hendaknya kita dilalaikan dengan tidak solat berjemaah seperti di masjid atau surau yang berhampiran dengan rumah kita.

No comments:

Post a Comment