Thursday, 10 April 2014
Charger ini boleh mengecas penuh kurang dari seminit
Zaman sekarang semua nak segara segalanya. Biasanya nak cas bateri telefon mau 2 3 jam jugak. Kini untuk mengecas kuasa telefon bimbit dengan cepat bukan khayalan lagi . Bukan setakat hanya dalam kiraan puluhan minit, malah pengisian kuasa pada telefon kini boleh kurang dari seminit.
Menurut Phone Arena, syarikat StoreDot menunjukkan data bateri baru pada Think Event Microsoft . charger itu mengecas bateri Samsung Galaxy S3 dari 27 peratus sehingga penuh hanya dalam 29 saat !.
Kemampuan pengisian daya yang cepat itu disebutkan dengan nama “teknologi nano” . Pengecas StoreDot itu dibuat menggunakan Nanodot, yang merupakan nanokristal organik yang mampu menyimpan tenaga super.
Sementara itu, kelajuan pengisian bateri merupakan salah satu daripada kegunaan Nanodot . Ciri-ciri unik semikonduktor biologi yang ada membuat Nanodot sempurna untuk paparan fleksibel, simpanan data, dan sensor pengimejan.
Pengecas tersebut sebenarnya ketika ini masih dalam tahap prototaip. Saiznya sebesar pengecas laptop yang ada pada masa ini. Namun , syarikat itu akan mengecilkan saiz agar lebih kecil dan menjadi salah satu aksesori selesa untuk digunakan.
Syarikat itu menyatakan ia belum sedia untuk mengeluarkan pengecas itu secara rasmi dalam masa terdekat . Tapi ia dijadualkan akan masuk kepasaran pada akhir 2016 nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment