Tuesday 1 April 2014

Surat 'AMARAN' khas buat Penjawat Awam jalankan Perniagaan Internet!

Penjawat awam merupakan golongan yang turut terkena tempias dengan kenaikan kos sara hidup. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian seperti menjual produk kesihatan, kecantikan dan pakaian.


Walaubagaimanapun, sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja dibawah kerajaan, tugas hakiki tidak boleh diabai dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Mungkin disebabkan menyedari semakin ramai penjawat awam alpha dengan tugas masing-masing, satu surat khas bertarikh 6 March 2014 telah dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk memantau pegawai/staff awam yang menjalankan perniagaan atas talian. Berikut adalah isi surat berkenaan:



PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

2. Tanggungjawab pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Berdasarkan pemerhatian, jabatan ini mendapati terdapat pegawai awam menggunakan media sosial untuk menjalankan pernaigaan sama ada penjualan produk atau perkhidmatan termasuk pada waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej pegawai awam dan Kerajaan.

3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

Kepada penjawat awam yang mahu dan sedang menjalankan perniagaan atas talian, pastikan anda mengambil langkah mendapatkan kebenaran bertulis seperti arahan KPPA diatas!

Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland

Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagaiMimaland mula dibina dalam tahun 1971.. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.



Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.




Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.










Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..

Antara petikan angker dari forum Cari

salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..

tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe

jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…

berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..




PENAPISAN WAJAH WANITA DI ARAB SAUDI

Presiden Obama melawat Arab Saudi semalam dan apabila laporan dilakukan wajah wanita tidak menutup aurat harus ditapis. Cara tapisan agak kelakar. Lihat sahajalah.



Cikgu zalim racun 20 ekor kucing sampai mati di Segamat!


Seorang cikgu dari Sekolah Dato' Bentara Dalam, Johor didakwa telah memberi racun kepada 20 ekor kucing sehingga menyebabkan kesemuanya mati dalam satu kejadian minggu lalu di Taman Seri Waja di Kampung Jawa, Segamat.



Seorang pengguna Facebook, Nur Syamila dalam satu status menceritakan kejadian itu dimana terdapat saksi yang melihat cikgu tersebut memberikan makanan "ikan racun" kepada kucing-kucing itu. Penduduk kampung kemudian telah menghantar ikan itu ke Pejabat Veterinar Daerah sebagai bukti sebelum bercadang membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.




Manakala seorang pengguna Facebook lain pula, Amy Kurylenko telah memuatnaik gambar-gambar kucingnya yang telah mati akibat mangsa kekejaman manusia yang tidak berperikemanusian itu.

Tambahnya lagi, kini tinggal seekor sahaja kucing peliharaan yang masih hidup manakala 6 lagi telah mati.



Amy juga meluahkan kesedihan yang dialaminya kerana kucing-kucing itu merupakan peneman kepada ibunya dirumah.

"xde dah peneman mak aku... aku baru je cakap Onet dh mati dh mengalir air mata mak aku blom lg die tgk mayat kucing tu. Apa perasaan mak aku?" Tambah Amy.

20 ekor kucing yang mati itu berusia antara satu dan empat tahun. Sebahagian penduduk sekitar taman itu mahu pihak berkaitan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang amat tidak berhati perut itu.

Betulkah Gadis Ini Berusia 35 Tahun??






SEORANG wanita cantik di China menjadikan laman media sosial Weibo hangat dengan perdebatan kerana wajahnya yang kelihatan terlalu muda biarpun dikatakan lahir pada 1979.

Wanita itu yang banyak memuatnaikkan gambarnya di Weibo, mengundang komen daripada para pengguna Twitter versi China itu.

“Adakah anda pasti? Anda berumur 25 tahun kan?” kata sesetengah komen.

Ada juga yang bertanya “Jika dia bukan hantu, dia pasti seorang pari-pari,” kata komen di Weibo di China mengenai wanita itu.

Anda juga pasti tertanya adakah sudut gambar dirakamkan, pencahayaan atau beberapa faktor lain seperti aplikasi telefon bimbit barangkali yang menjadikan wajah wanita ini begitu muda.

Laporan ini dipetik dari laman singaporeseen.stomp.com.sg. Portal berkenaan turut memaparkan beberapa lagi rangkaian wanita awet muda China itu dan jika diperhatikan betul-betul ada beberapa bahagian di wajahnya menunjukkan dia berusi 35 tahun