Tuesday 1 April 2014

[Ngeri] Samun Wanita, 3 Penyamun Terima Padah

Kat dunia tuhan dah bayar cash...

Hasrat 3 lelaki berjoli wang tunai yang disamun daripada seorang wanita di Kampung Temin, Sungai Siput dekat sini semalam tidak kesampaian apabila dua daripada mereka terbunuh dalam satu kemalangan tidak jauh dari lokasi kejadian samun. Manakala seorang lagi suspek melarikan diri.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan selesai membuat kutipan wang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) daripada beberapa orang peminjam skim berkenaan di Kampung Trosor dan sekitar kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitenden Azman Salim berkata, semasa kejadian wanita berusia 22 tahun itu sedang memandu kereta Proton Saga sebelum kenderaannya dipintas sebuah kereta Proton Wira dinaiki suspek.






Mangsa diarahkan berhenti di tepi jalan dan suspek yang berparang telah menyamun wanita dan merampas wang tunai ribuan ringgit.

Penjenayah terbabit kemudiannya mengarahkan mangsa keluar daripada kereta sebelum dua daripada mereka melarikan kenderaan tersebut. Seorang lagi suspek memandu Proton Wira dan mengekori dari belakang.

Bagaimanapun kereta Proton Saga yang dinaiki dua suspek itu bertembung dengan sebuah lori di satu selekoh berdekatan Tanah Perkuburan Islam Kampung Temin.

Seorang suspek meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah disahkan mati di Hospital Sungai Siput. Mangsa pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang masih bebas dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.-

Gambar Gadis Melayu Mirip Muka Yoona SNSD Girl`s Generation


Gadis Melayu, RaBi’atul Afifah kini begitu terkenal di internet. Namun apa yang paling penting adalah sikap terpujinya kerana langsung tak sombong.

Di bawah ini adalah koleksi gambar RaBi’atul Afifah yang dikumpulkan oleh admin. Paling penting adalah kecantikan aslinya. Langsung tak ada kena mengena dengan pembedahan plastik.



Awek Cantik Bertudung Bawak Pakwe Naik Motor RXZ



Fina Hampir Menjadi Mangsa Ke-20 Perogol Bersiri


KOTA BHARU – Seorang gadis yang hampir menjadi mangsa ke-20 perogol bersiri tidak menyangka penjenayah terbabit sudah menunggu untuk merogolnya ketika dia keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban dengan kain batik di sebuah asrama pekerja di sini kelmarin.

Gadis berusia 20-an itu yang dikenali sebagai Fina menegaskan, dia berasa sangat terkejut kerana sebaik sahaja terserempak, penjenayah terbabit terus mengacu pisau di leher sambil mengikat tangannya dengan wayar seterika.

Lebih mencemaskan, gadis yang berasal dari Tumpat itu berkata, lelaki itu terus menarik dia ke arah biliknya yang terletak paling hujung di asrama berkenaan sambil berkata: “Diam-diam saya cuma nak cari budak nama Yati.’’

Keadaan asrama pekerja tempat dia tinggal ketika itu sangat sunyi kerana penghuni lain sudah pergi bekerja manakala jarak tandas dari biliknya kira-kira 30 meter.

“Selepas sampai ke bilik, dia suruh saya duduk atas tilam dan ikat tangan saya lebih kuat.

“Saya meronta dan bergelut dengannya sampai terbaring sehingga terlucut separuh kain batik,’’ katanya kepada Kosmo! ketika menceritakan semula kejadian yang menimpanya kelmarin.

sumber: kosmo.com.my

Cerita Aneh 'Penumpang Pesawat MH370' (Philip Wood)




SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.


"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya.

Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.


Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain.

"Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar mesej ini," tulis 'Wood'.

'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM berpangkalan di Beijing
sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini.

Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014.

Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/