Wednesday 1 January 2014

Orientasi Melampau Ragut Nyawa Pelajar Universiti Di Indonesia

Bukan sahaja melampau dan tak melambangkan peradaban manusia terpelajar, malah tindakan penuntut senior Institut Teknologi Nasional ketika majlis orientasi penuntut baru atau Ospek ITN baru-baru ini telah meragut satu nyawa.


Dalam gambar yang diedarkan di internet, dapat dilihat jelas bagaimana para mahasiswa baru termasuk perempuan dipaksa berlakon seolah-olah sedang melakukan seks. Manakala dalam gambar lain, seorang peserta program kelihatan diterajang oleh senior di kepala.

Walaupun dianggap suka-suka, terbukti berlaku gangguan seksual malah melibatkan kekerasan sepanjang program di Pantai Goa Cina, Desa Sitiarjo, Kecamatan Sumbermanjing Wetan, Malang ini berlangsung. Perkara ini diakui Wakil Rektor ITN Malang, Wayan Mundra.

Perbuatan tidak bertanggung jawab yang berlaku ketika kampus menganjurkan Orientasi Kemah Bakti Desa (KBD), 13 Disember lalu turut mengorbankan mahasiswa baru dikenali sebagai Fikri Dolasmantya Surya.

Kes berkenaan kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa sana. Pada masa sama, ia mencetuskan kontroversi hingga banyak pihak yang menyuarakan bantahan agar kekerasan di pusat pengajian dihapuskan.







Gadis Mengandung Selepas Pakai Selimut Adik Lelakinya


  gambar hiasan

Alor Pongsu : Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terkejut apabila diberitahu doktor bahawa dia mengandung semasa dia sedang buat pemeriksaan kerana tidak datang haid.

Selepas disoal siasat , gadis itu mengaku tidak pernah melakukan persetubuhan.

Ditanya tentang perkara perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan , gadis itu mengakui bahawa dia pernah menggunakan selimut kepunyaan adik lelakinya yang berumur 15 tahun.

Pakar Perubatan mengesahkan bahawa , gadis itu mengandung selepas menggunakan selimut adiknya yang mengandungi sperma hidup.

Monday 30 December 2013

Kejam, Wanita Mangsa Rogol Dibunuh Dan Dipenggal Kepala

Sungguh kejam!!!





Campak Anak Dari Tingkat 52: Saat Bahagia Keluarga Kanarikov




MELIHAT gambar-gambar bahagia keluarga Kanarikov, tiada siapa menyangka ia akan berakhir dengan tragedi yang menyayat hati, Ahad lalu.

Tindakan Dmitriy Kanarikov, 35, mencampakkan anaknya, Kirill, 3, dari bumbung bangunan pencakar langit setinggi 52 tingkat di Manhattan sebelum membunuh diri disifatkan isterinya, Svetlana Bukharina sebagai ‘sakit’ dan kejam.




Sebelum kejadian, Dmitriy telah mengambil anaknya itu untuk keluar berjalan dan berjanji untuk menghantar pulang selepas itu.

Pergolakan rumahtangga sejak beberapa bulan lalu telah membawa kepada perceraian pasangan berkenaan 18 Disember lalu dan hak penjagaan sementara teleh diberikan kepada wanita itu.

Apa pun, kita saksikan saat-saat bahagia keluarga ini sebelum berlakunya tragedi yang menggemparkan orang ramai itu.









Wanita Ini Guna Mercun Letupkan Kemaluan Teman Lelaki




Seorang wanita Russia Kira V. telah menggunakan mercun untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Kejadian ini berpunca kerana teman lelakinya Alik D. 33 tahun hendak berpisah dengannya.

Teman lelakinya hendak berpisah kerana enggan berkahwin dengan wanita tersebut dan ingin kembali kepangkuan isteri dan anaknya.

Wanita Russia itu telah mengajak teman lelakinya untuk makan malam.Kedua-dua mereka makan sambil meminum minuman keras.

Alik D yang mabuk tlah tertidur dan kemudian wanita Russia itu mengambil beberapa mercun memasukannya kedalam seluar untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital.Wanita Russia itu telah dipenjarakan selama 12 tahun.