Wednesday 27 November 2013

Kos Perkahwinan Zain Saidin, Che Ta Ditegur Ustazah Zawiyah




KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.

Pasangan Kahwin Muda Cerai Talak Tiga





MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu?

Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu.

Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552.

Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka.

Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat.

Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kami terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Nor Fazira dan Mohd Fahmi sudah disahkan bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.



Lebih dahsyat lagi, ia bukanlah cerai talak satu, tetapi talak tiga! Aduhai, mengapalah sampai begitu sekali lafaznya.

Perceraian yang kurang seminggu dari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama itu masih tidak diketahui puncanya, memetik laporan Harian Metro.

Menurut Saad, dia menerima dengan redha kenyataan itu dan menganggap jodoh anaknya sampai di situ sahaja.

Nor Fazira juga dilaporkan tidak banyak bercakap mengenai perkara itu dan kini tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.

Sementara itu, keluarga Mohd Fahmi dikatakan belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Kami yakin dengan terjadinya perkara ini, maka ramailah yang akan melontarkan pendapat masing-masing melalui laman sosial selepas ini.

Mungkin itulah relevannya undang-undang Malaysia menetapkan umur minimum 16 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki Islam mendirikan rumahtangga kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Ramai yang menjadikan ‘elak zina’ sebagai alasan untuk berkahwin awal dan sememangnya ia tidak dapat disangkal kebenarannya.

Namun, pada masa yang sama ramai yang terlupa perkahwinan bukan semata-mata memenuhi gelojak hawa nafsu, tetapi ia merangkumi pelbagai lagi tanggungjawab lain yang cukup berat.

Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Nor Fazira dan Mohd Fahmi untuk meneruskan hidup baru mereka selepas ini.

Sunday 24 November 2013

Sungguh Kejam Ibu Muda Kerat Dua Orang Anaknya Sendiri!!





CHIANG MAI – Seorang wanita di daerah Mae Ai didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah.

Kelmarin, polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, mereka turut menemui beberapa anggota tubuh dipercayai milik kedua anaknya berhampiran suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya.

“Wanita itu tidak memberi kerjasama semasa disoal siasat polis. Hasil siasatan terhadap latar belakang suspek menunjukkan dia pernah dirawat kerana mengalami masalah mental pada 2007.




Pihak hospital juga mengesahkan semasa insiden itu, suspek mungkin mengalami halusinasi,” jelas jurucakap polis tersebut lagi.

Sementara itu, suami kepada wanita itu menyatakan isterinya berhenti mengambil ubat sejak dua bulan lalu.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa juga menolak khabar angin tersebar di dalam laman media sosial yang mendakwa wanita itu memakan anaknya sendiri kerana tiada bukti menunjukkan dia melakukan perbuatan tersebut.

Suspek kini dihantar ke Hospital Suan Prung untuk mendapatkan rawatan.

Akibat Melakukan Hubungan Seks Dengan Bangku Besi Kemaluan Lelaki Tersekat


Pihak polis telah menerima panggilan yang membimbangkan dari seorang lelaki yang dalam kesusahan di tengah bandar Hong Kong.

Xing, berusia 41 tahun lelaki, telah menelefon pihak polis dari Taman Lantian, Hong Kong. Lelaki yang kesepian dan terganggu itu telah melakukan sesuatu di luar dugaan iaitu melakukan hubungan seks dengan bangku besi di taman tersebut.

Bangku yang mempunyai banyak lubang-lubang kecil itu telah digunakan oleh Xing untuk memuaskan nafsunya. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia mula terangsang beliau mendapati bahawa zakarnya terperangkap dan tidak boleh mengeluarkan zakarnya dari lubang bangku tersebut.

Dia panik dan menelefon pihak polis untuk membantu beliau. Apabila pihak polis tiba mereka mendapati Xian terperangkap dalam keadaan telungkup ke bawah di mana beliau telah terperangkap untuk beberapa ketika.

Apabila doktor tiba di tempat kejadian, mereka cuba untuk melepaskan sedikit tekanan dengan mengeluarkan beberapa paun darah di zakarnya., tetapi zakar beliau menjadi bengkak dan akhirnya mereka terpaksa memotong bangku besi tersebut dan kemudiannya membawa Xian ke hospital bersama-sama serpihan bangku tersebut.

Setelah 4 jam di dalam bilik pembedahan, doktor akhirnya berjaya memisahkan zakar Xian dari bangku. Doktor menyatakan bahawa jika dia terperangkap untuk satu jam lagi, mereka terpaksa memotong zakarnya.

Budak Tingkatan Satu Dirogol Dalam Rumah Nenek



SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.



Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/