Thursday 17 October 2013

Kisah Iblis Ketakutan Ketika Hari Kiamat



Jadikan pedoman dan tauladan.

CERITA TAULADAN KOT - Kisah Iblis Ketakutan Ketika Hari Kiamat | Kami pernah membaca sebuah kisah tentang Iblis apabila berlakunya Hari kiamat, masa itu semua manusia dan makhluk dah mati akibat tiupan sangkakala oleh malaikat Israfil.

Masa itu tinggal Iblis sahaja. Ketika itu, Iblis dikatakan mual dan pening kepala akibat bunyi sangkakala yang menakutkan itu.

Timbulnya Malaikat Zabaniyyah dihadapan Iblis dan mengatakan "Bahawasanya, semua makhluk di muka bumi ini telah mati, oleh itu, Allah telah menunaikan janjiNya untuk menarik nyawa kamu pada hari kiamat". Rupa malaikat itu amat menakutkan, wajah yang bengis dan memegang rantai besi yang panas dari neraka dan dihujungnya seperti cangkuk besar yang boleh menghancurkan badan jika sekali dihayun.

Iblis menangis dan berlari sekeliling dunia. Kemana sahaja dia lari, dia ternampak malaikat itu, dia lari sehingga ke suatu kawasan, dia terduduk keletihan. Dia memandang ke belakang dan ternampak malaikat itu dan melarikan diri ke makam Nabi Adam.

Sampai di Makam Nabi Adam A.S. dia mencemuh dan marah "Di sebabkan engkau aku jadi begini! Di sebabkan kau, aku di hina dikeji dan dibuang dari Syurga! Di sebabkan kau, aku masuk neraka!" Tiba-tiba malaikat itu muncul di belakang Iblis mengatakan, "Apa yang kau lakukan semua ini bukan salah Adam, tetapi kesalahan engkau tidak mahu mematuhi perintah Allah yang maha Esa" Cangkuk itu dihayun dan tertusuk di badan Iblis itu dan ditarik nyawanya dengan penuh kekerasan, Semasa ditarik Iblis menjerit kesakitan yang diupamakan jika manusia terdengar bunyi Iblis menjerit, Semua manusia boleh mati akibat jeritan yang amat kuat.

Sampai di neraka, Iblis memanggil Ahli-Ahli Neraka dan mereka berkumpul hadapan mereka dengan cemuhan, jeritan, sesalan dan lain-lain, keadaan di neraka itu amat menakutkan dan penuh dengan rintihan dan tangisan. Iblis mengatakan


"Sesungguhnya, Allah telah memberi kamu pilihan, Tetapi engkau menyalahkan aku sebab aku yang memberi pengaruh kepada kamu semua, Sedangkan Ada Nabi-Nabi telah mengajar kamu, Bahawa Allah,Tuhan yang satu, Tetapi engkau telah memilih jalan lain, kerana keputusan ditangan engkau, aku hanya memberi pendapat aku sahaja. Sesungguhnya, dalam situasi sekarang ini, Aku tidak boleh menolongmu, Engkau tidak boleh menolongku, Jadi Semuanya salah diri anda sendiri, bukan aku, aku hanya bercakap sahaja, tapi engkau yang mempunyai petunjuk depan mata kamu, kamu mengingkari akibat janji-janji palsu aku.

Wednesday 16 October 2013

Warna Nissan Skyline R33 Bertukar Warna Mengikur Suhu Sekitar

Para penjenayah pasti berminat untuk mendapatkan sebuah kereta yang di cat dengan cat sensitif haba seperti kereta Nissan Skyline R33 ini. Cat khas ini telah direka oleh sebuah bengkel di United Kingdom iaitu Auto Kandy. Cat istimewa ini boleh berubah warna apabila disiram dengan air yang menunjukkan perubahan warna kepada warna hitam. Sudah tentu ianya mudah untuk melepaskan diri selepas melakukan jenayah, hanya cari kedai cuci kereta yang berdekatan.





Pengantin Tersilap Suami, Pengapit Jadi ‘Mangsa’



Seorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.

Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.

Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkahwinan.

Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.

Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.

“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.

Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan.

Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.

Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.

Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. – Agensi

GAMBAR TAK SENONOH VERSI ARTIS BARAT

Mariah Carey mengucapkan selamat hari jadi kepada suaminya dalam Twitter sambil menghantar gambar di bawah ini sebagai hadiah. Hmmm apa gambarnya?



Tuesday 15 October 2013

Mahasiswa/i Berbogel Untuk Cari Duit Bantu Pelajar Dengan Barah Otak

Cuba untuk meraih sebanyak RM40,000 untuk pelajar yang bernama Amy Mor. Mereka meraih duit dengan bergambar dan dimuatkan ke dalam kalender dan kemudian dijual kepada orang ramai.