Tuesday, 27 May 2014

Kejam: Bayi Dibuang Dan Menjadi Hidangan Anjing Liar



IPOH: Seorang bayi lelaki yang dicampak berhampiran kawasan perumahan Anjung Bercham Indah, di sini, terselamat daripada menjadi ‘hidangan’ sekumpulan anjing liar yang menggigit dan menyeretnya, tengah malam semalam.

Dalam kejadian jam 12 pagi itu, mangsa yang baru dilahirkan kurang seminggu terselamat apabila tangisannya didengari penduduk kawasan perumahan itu yang segera menyelamatkannya.

Ketika ditemui, bayi seberat 2.4 kilogram itu dibalut dengan kain putih sebelum diletakkan dalam plastik oleh individu yang dipercayai berniat mahu membunuhnya. Saksi kejadian, Tan Swee Kong, 50-an, yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Bercham berkata, dia mulanya terserempak seekor anjing dewasa menyeret plastik.

Bagaimanapun, katanya, dia yang menyangka plastik itu berisi sampah terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum menghalau anjing liar berkenaan.

“Saya membuka plastik itu sebelum menemui seorang bayi lelaki yang hanya dibalut kain putih.

“Saya yakin beberapa anjing liar sudah menyeret bungkusan berisi bayi itu dari lokasi lain sebelum ia sampai di hadapan rumah saya berdasarkan kesan darah yang ditemui di jalan,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Turut sama melawat bayi itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

“Orang yang membuang bayi ini lebih hina daripada binatang dan perbuatan ini amat tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mah berkata, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami kesan luka dan sudah menerima rawatan pakar kanak-kanak HRPB.

[18+] Pasangan Remaja Yang Tak Senonoh Buat Maksiat Di Kawasan Terbuka


Dah macam binatang dh..tak pilih tempat nak buat macam ni..

Pelajar Perempuan Bertudung Dibuli, Buah Dada Diramas Rakan Sendiri!

TIDAK dinafikan kejadian membuli di sekolah khususnya sekolah menengah satu kejadian biasa biarpun ia sepatutnya tidak berlaku di pusat mempelajari ilmu.

Laman siber hari ini digemparkan dengan penyebaran tiga keping foto seorang pelajar perempuan dibuli oleh pelajar lain dengan cara yang cukup mengaibkan!

Malah perbuatan itu turut dirakam dan disebarkan.

Penulis bagaimanapun tidak mengetahui lokasi kejadian berkenaan dan juga punca ia berlaku.

Perlakuan itu jelas tidak bertamadun dan sudah pasti mangsa akan diselubungi trauma dan kemungkinan besar dilanda sindrom kemurungan selepas kejadian itu.





Monday, 12 May 2014

Gambar PANAS Dan Seksi Nurul Syuhada Di Atas Katil?





adakah ini nurul syuhada ataupun pelanduk 2 serupa..........

Kakak Biarkan Adik Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Suami Selama 7 tahun



Sungai Buloh: Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut.
(Gambar Hiasan)

Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu.

Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan,” katanya.

Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan.

“Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.

“Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul,” katanya.

Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.

“Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.