Tuesday, 12 November 2013

Akhirnya Nuffnang Memilih Saya Juga..

Sekian lama saya menuggu saat ini, akhirnya CPUV (Cost-per-unique-visit) terpapar juga dalam pendapatan dalam akaun nuffnang saya, saya masih newbis dalam dunia blog ni..dah macam-macam saya kaji tentang blog ni..akhirnya berhasil juga..bak kata pepatah, biar genggam bara sampai jadi abu, jangan pula tangan melecur sudah..huhuhuhuhu..tiba masanya untuk kumpul unique visiter je lagi..yahooooooo!!!!! Betapa senangnya hati beta sekarang ini...thank Nuffnang...


Monday, 11 November 2013

Tips Mengatasi Masalah Tidur Berdengkur


Bila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Tapi boleh ke nak tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah tidur berdengkur? Dan kita jugak tak tahu, entah entah selama ni bunyi dengkur kita yang macam enjin turbo tu yang mengganggu tidur orang.
Punca dengkur ni bukanlah sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan tu. Dengkur terjadi sebab ada halangan pada saluran pernafasan mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin jugak faktor habuk/alahan. Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Daripada kita terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba untuk kurangkan masalah tu. Tak lah segan sangat bila terpaksa menumpang dekat rumah orang nanti. Jangan sebab dengkuran berkuasa turbo kita, tuan rumah yang  tak boleh tidur.
Cara atasi masalah berdengkur:

Ubah Posisi Tidur
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Turunkan berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.

Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.

Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.

Guna ‘Breathe Right’
Mungkin ramai yang dah tahu pasal produk ni yang berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran semasa tidur. Tapi sejauh mana keberkesanannya, penulis sendiri tak tahu sebab tak pernah try. Cuma ada beberapa orang yang bagitahu, diorang still berdengkur cuma volume tu dah kurang. Dan ada yang kata memang pernafasan jadi lancar bila pakai strips tu kat hidung.

p/s: Kalau korang berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, baik pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur.

Rezeki Musim Tengkujuh


Rezeki Musim Tengkujuh, Seorang nelayan pantai, Abd Aziz Ibrahim, 48, menunjukkan hasil tangkapan Udang Harimau yang diperolehinya untuk bekalan keluarganya ketika musim tengkujuh ini di pantai Dasar Sabak, Kota Bharu.

Sebanyak 30 ekor yang beratnya hampir 500 gram seekor berjaya ditangkap pada awal pagi selepas keadaan ombak besar reda.

Sunday, 10 November 2013

50 Info Menarik Fakta Tentang Facebook Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


50 Info Menarik Fakta Tentang Facebook Yang Mungkin Anda Tidak Tahu | Facebook, nama yang tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia mahupun mana-mana penduduk yang terdapat di pelusuk dunia. Facebook bukan sahaja menjadi tempat untuk bersosial secara maya bahkan menjadi tempat menjana pendapatan bagi mereka-mereka yang bijak menggunakan peluang yang ada selain menjadi tempat berkongsi Informasi. Disini  nak share 50 Fakta Menarik Tentang Facebook Yang Mungkin Anda Tidak Tahu. Jom check it out!

1) Facebook telah menjadi laman rangkaian sosial yang kekal dan global dengan setiap 1 daripada 13 orang di bumi adalah pengguna Facebook.

2) Setakat ini, sehingga 48% orang Amerika dilaporkan mendapat dan mendengar berita dan peristiwa melalui Facebook untuk pertama kalinya.

3) 50% member Facebook melakukan login setiap hari untuk memeriksa dan melakukan update.

4) 50% dari pengguna menghabiskan berjam-jam di Facebook setiap hari. Jadi secara total mereka menghabiskan 700 bilion minit setiap bulan untuk Facebook.

5) Tidak kurang dari 48% pengguna berusia 18-34 tahun melakukan log on Facebook tepat ketika mereka bangun.

6) Facebook adalah laman no.2 dengan pengguna dan traffic terbesar di dunia tepat di bawah Google.

7) Terdapat lebih daripada 35 + demografi yang merupakan lebih dari 30% dari seluruh basis pengguna.

8) Tahun baru telah membuat sebuah keajaiban dengan lebih daripada 750 juta foto yang dimuat naik pada malam tahun baru.

9) Setengah dari penduduk Facebook hadir setiap jam dan jadi ada lebih dari 1,587,000 wall post yang ditulis dalam waktu 20 minit.

10) Gambar yang diagihkan di Facebook ada sekitar 2,716,000 foto dalam setiap 20 minit.

11) Dari jutaan foto yang di-upload, ada sekitar 1,323,000 foto yang ditag dalam masa 20 minit.

12) Majoriti orang amerika dijumpai di Facebook, sekitar 71.2% dari seluruh pengguna internet di amerika menggunakan Facebook.

13) Lebih daripada 900 juta interaksi ada dalam Facebook seperti Pages, Groups, Events, dll.

14) Majoriti pengguna Facebook bukan dari Amerika Syarikat, jadi kira-kira 70% pengguna Facebook adalah bukan orang Amerika.

15) Oleh pengguna di seluruh dunia terdapat lebih daripada 1,000,000 link yang dibahagikan di Facebook dalam masa 20 minit.

16) Walaupun berbilion pengguna menggunakan hanya 20 minit, namun sudah ada sekitar 1,972,000 permintaan teman yang dihantar dan diterima.

17) Dalam setiap detik muncul status baru sebanyak 1,851,000 update status yang dituliskan.

18) Setiap detik ada 1,484,000 undangan event, group, dan parties yang diposkan.

19) Dari milyaran orang pengguna Facebook, selama 20 minit terdapat 2,716,000 mesej yang dihantar.

20) Rata-rata pengguna berhubung ke 80 laman komuniti, event, dan group.

21) Facebook adalah milik semua orang kerana menyediakan lebih dari 70 terjemah yang terdapat di laman.

22) Lebih dari 30 bilion potongan berita, cerita, posting blog, dll yang di-share setiap bulan.

23) Sekitar 1,587,000 postingan di dinding ditulis dalam waktu 20 minit.

24) Rata-rata pengguna mencipta 90 buah kandungan setiap bulan.

25) Istilah yang dirahsiakan selamanya dan digunakan secara meluas adalah POKE! Anda akan mencari orang yang melakukan POKING tapi anda tidak akan pernah tahu apa maksudnya.

26) Walaupun ada lebih dari 70 bahasa, masih ada lebih daripada 300,000 pengguna menterjemahkan laman melalui aplikasi terjemah.

27) Ada ‘App’ untuk melihat apa yang ada di Facebook cafĂ© menu.

28) Facebook adalah “Work Network” pertama serta jaringan pendidikan asli seperti Apple dan Microsoft.

29) Ada pengusaha dan pemaju lebih dari 190 negara yang mempunyai platform Facebook.

30) Wajah Al Pacino adalah pada Homepage Facebook asli.

31) Orang-orang yang terutama menggunakan Facebook melalui telefon bimbit sebenarnya mereka lebih aktif daripada orang yang menggunakannya melalui laptop.

32) Facebook id diperlukan untuk mengakses beberapa link web sehingga 250 juta orang terlibat dengan Facebook di laman web luaran.

33) Ada ribuan laman terintegrasi dengan Facebook dengan lebih daripada 2.5 juta count.

34) Salah satu perkhidmatan Facebook awal yang masih tidak berubah adalah perkhidmatan File Sharing.

35) Pengguna memasang lebih dari 20 juta aplikasi menarik setiap hari.

36) Sejak April 2010, dengan pelancaran sosial plug-in, ada lebih dari 10,000 website baru yang terintegrasi dengan facebook setiap hari.

37) Para pengguna aktif adalah pengguna mobile sehingga ada lebih dari 200 pembekal khidmat di 60 negara yang bekerja untuk menyebarkan dan mempromosikan produk facebook mobile.

38) Ada lebih dari 250 juta pengguna aktif yang mengakses facebook melalui telefon bimbit.

39) Walaupun sebahagian besar pengguna aktif melalui telefon bimbit tapi total pengguna aktif Facebook lebih dari 650 juta.

40) Walaupun orang amerika adalah dalam fasion Facebook tapi Australia menghabiskan lebih dari 7 jam rata-rata per bulan untuk Facebook.

41) Texas Hold’em Poker adalah laman yang paling popular dengan lebih daripada 41 juta fans.

42) 23.6% daripada penduduk Facebook berasal dari Amerika Syarikat dengan lebih daripada 155 juta orang.

43) Seorang pekerja Facebook menjual hoodie sebanyak $4000 di eBay.

44) Lebih dari 16juta laman Facebook fans yang dibuat.

45) Saat ini Facebook bernilai kira-kira $80 trilion.

P/S – Bahasa agak cacamarba tetapi masih boleh difahami rasanya. So, faham-faham lah sendiri ye. Hehe

46) Facebook hampir diakhiri gugatan hukum oleh ConnectU yang mendakwa bahawa Zuckerberg mencuri idea dan teknologi untuk Facebook.

47) Iklan dan produk virtual adalah bahan rahsia untuk pengeluar wang di Facebook.

48) Mark Zukerberg menyebut dirinya seorang ‘Harvard Graduated’ semasa dia tidak lulus.

49) Rata-rata pengguna mempunyai lebih dari 130 teman dalam lingkaran yang menjadi peserta aktif.

50) Facebook adalah media sosial kegemaran untuk aktiviti kecurangan pada pasangan.

Notis Parking Paling Terbaik!!! Siap Ada Freegift

hahaha..cantek freegift tu..susah nak dapat notis parking macam tu..