Monday, 28 October 2013

Cara Mudah Untuk Submit Blog ke Search Engine dan Kelebihannya

di sini saya mengenalkan satu sumber untuk meningkatkan perjalanan traffik blog serta mendapat income dari setiap pendaftaran untuk submit blog ke search engine..
saya telah mencubanya ternyata berkesan untuk peningkatan traffik blog selain itu mendapat site income dari Entireweb Affiliate ini..so, apa tunggu lagi, submitkan blog anda di search engine ini dengan mudah sekali 
DI SINI..

http://www.entireweb.com/free_submission/#a=annassul&b=814c5a66

Sunday, 27 October 2013

Tips Mengatasi Putus Cinta

http://updatenew5.blogspot.com/2013/10/tips-mengatasi-putus-cinta.html



Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.



Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”


Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

Tips Cinta Jarak Jauh


http://updatenew5.blogspot.com/2013/10/tips-cinta-jarak-jauh.html


Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindudendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.

Ini merupakan tips yang boleh diguna pakai oleh mereka yang sedang bercinta jarak jauh dalam mengekalkan hubungan cinta masing-masing walaupun jarak menjadi penghalang.


1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Pada Julai 2007, Yusry terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM80 ribu setahun. Teman wanitanya, Lisa tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Yusry dan Lisa membuat perjanjian untuk telefon at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.


Saturday, 26 October 2013

3 remaja tak mengaku rogol budak 12 tahun


MELAKA 16 Okt. - Tiga sekawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, awal bulan ini.

Muhammad Hafiz Abdul Razak, 21, dari Durian Tunggal; Muhammad Asyraf Maula Abdul Syukor, 20, dari Bukit Katil dan Mohd. Aidil Azmi, 18, dari Ayer Keroh, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Ketiga-tiga mereka didakwa merogol kanak-kanak tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Kilometer 9, Jalan Bukit Bayan di sini antara pukul 3.30 pagi dan 6 pagi, 6 Oktober lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa, Ifa Sirrhu Samsudin mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan Muhammad Hafiz dan Muhammad Asyraf Maula masing-masing diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin.

Sementara jaminan terhadap Mohd. Aidil ditetapkan pada RM11,000 dengan seorang penjamin kerana tertuduh merupakan pesalah muda.

Azhaniz Teh turut menetapkan 13 November ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen serta memberi peluang kepada ketiga-tiga tertuduh melantik peguam bela.


utusan online

Jawatan Kosong Terkini

Terdapat Senarai jawatan kosong terkini, sila klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut..

jawatan kosong terkini