Pada awal pagi semalam, kekecohan hampir tercetus apabila kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di Johor Bahru mendesak agar majikan mereka memanggil bomoh untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkna kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.
"Lebih kurang jam 8.30 malam, pekerja terbabit mula mengadakan perhimpunan. Mereka semua amat bimbang menjadi mangsa yang seterusnya." jelas Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Seperintendan Mat Akhir Jaafar. Difahamkan, kebanyakan warga Nepal yang berkerja di situ masih berpegang kepada kepercayaan karut dan berfikir bahawa hantu yang telah membunuh 4 orang rakan mereka yang telah meninggal dunia sebelum ini. Walaubagaimana pun, perhimpunan yang melibat 200 orang warga Nepal tersebut tidak bertukar menjadi rusuhan.
Anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaga-jaga ketika warga Nepal berhimpun depan kilang di Jabi, kelmarin. Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.
“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.
"Kami dapati kebanyakan perkerja Nepal ini gemar mengambil minuman keras yang tidak berjenama, dan perkara ini berkemungkinan boleh menyebabkan maut." Jelas Mat Akhir.Selain itu, beliau juga mendakwa, faktor pemakan dan persekitaran kediaman yang tidak baik juga boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan kepada mereka.
Mengambil langkah solusi kepada perkara ini, pihak pengurusan kilang tersebut tetap membuat keputusan untuk menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang dipercayai oleh pekerja-pekerja Nepal tadi.
Tuesday, 15 July 2014
KERETA MEWAH TERBIAR DI DUBAI
Di Dubai kereta mewah mungkin nilainya hanya seperti sebuah Proton Saga. Kereta - kereta mewah ini terbiar di bawah cahaya terik mentari Dubai tanpa dipedulikan pemilik. Kebanyakkan ditinggalkan oleh tuan punya yang dibuang kereja selepas kejatuhan ekonomi dunia. Balik kampung tanam jagung tinggal kereta yang tidak habis dibayar berdebu di Dubai.
WANITA MUNGKIN DIPENJARA SEUMUR HIDUP KERANA MENYELAMATKAN ITIK DI TEPI JALAN
Emma Czornobaj (25) mempunyai hati yang kudus. Pada tahun 2010 ketika memandu di Lebuhraya Montreal Kanada beliau menghentikan kenderaan di atas jalan raya bagi menyelamatkan beberapa anak itik yang dilihat di bahagian pembahagi jalan. Tindakan berperikemanusiaan ini beliau ini mengakibatkan berlakunya kemalangan maut yang meragut nyawa Andre Roy (50) dan anak bekiau Jessie (16). Pihak juri mendapati Emma bersalah memandu dengan merbahaya kerana memberhentikan kenderaan pada lorong laju lebuhraya. Beliau juga didapati bersalah mengakibatkan kematian akibat pemanduan bahaya ini.
Jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Pihak pembelaan mahu hukuman Emma dikurangkan kerana beliau bukan sengaja mahu mengakibatkan kematian tetapi bertindak atas dasar cintakan haiwan. Mereka juga berkata Andre dan anak beliau mungkin tidak meninggal dunia jika mereka memandu mematuhi halaju lebuhraya. Bapa yang menunggang motosikal pada hari kemalangan didapati memandu melebihi halaju yang ditetapkan sekurang-kuranya sebanyak 20 batu sejam. Isteri beliau yang mengekori dengan sebuah lagi motosikal terselamat walaupun turut merempuh kereta Emma kerana beliau memandu pada halaju yang ditetapkan. Sungguhpun kehilangan anak dan suami tercinta, Jessi Roy tidak menyalahkan Emma atas kematian mereka. Sad. Nak buat baik berpada - pada.

Tuesday, 27 May 2014
Lagi wanita bogel bersiar-siar di jalan Negeri Sembilan undang kontroversi
Lagi wanita bogel bersiar-siar di jalan Negeri Sembilan undang kontroversi - Minggu lepas kita pernah dikejutkan dengan keberanian seorang wanita tanpa seurat benang yang enggan dinamakan berkeliaran di Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tindakan berani itu mengejutkan seluruh warga Malaysia dan ada yang tertanya-tanya kenapa si wanita cantik sanggup berbuat demikian.
Terbaru, kes yang hampir sama dilaporkan blog mymediahubonline berlaku di sebuah jalan raya Negeri Sembilan sehingga mencetuskan kontroversi dan tanda tanya kepada orang ramai.
Menurut sumber, wanita bogel itu berusia dalam lingkungan 20-an dan didakwa mengambil dose syabu yang berlebihan dan menyebabkan beliau khayal teruk. Ketika itulah wanita terbabit bertindak menanggalkan kesemua pakaiannya.
Difahamkan juga, wanita berkenaan sudah berkahwin dan memiliki dua cahayamata. Suaminya pula tidak bekerja dan dikatakan merupakan seorang penagih dadah tegar yang kemudian melarikan diri.

Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai artis seksi lain
Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai artis seksi lain - Acara berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menampilkan beberapa kejutan dalam keputusan senarai pemenang anugerah, acara karpet merah juga turut ada kejutannya tersendiri.
Antara yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan ekslusif bekas model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang amat anggun dan menenggelamkan penampilan seksi artis-artis lain.
Felixia Yeap dengan bersahaja menggayakan tudung labuh dan baju kurung longgar yang cantik sehingga wanita berusia 27 tahun itu kelihatan seperti seorang muslimah. Menerusi laman sosial facebook, ramai peminat memuji beliau dan menyindir artis lain yang mengenakan pakaian agak terdedah.

Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)