Friday, 24 January 2014

Saintis Korea Berjaya Cipta Kamera Tembus Pandang

Hasrat manusia ingin melihat objek yang tidak terlihat dengan mata kasar, nampaknya kini sudah menjadi kenyataan. Korea Selatan baru-baru ini berjaya membangunkan kamera tembus pandang yang dapat menerobos baik bahagian dalam baju mahupun objek di dalam kabus dan terlindung.



Sebuah lembaga R&D di bandar Yongin, wilayah Kyeonggi Korea Selatan, baru-baru ini mempamerkan ciptaan mereka yang dinamakan MIRAE, singkatan kepada Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment, iaitu sejenis kamera yang mampu mendeteksi gelombang milimeter sehingga tembus pandang.

Dalam presentasi itu, MIRAE berjaya menangkap secara tepat posisi dan garis bentuk sebuah kereta yang berada di belakang layar tebal. Sementara itu, kamera biasa dan kamera sinar infra merah gagal menangkap kedudukan dan garis bentuk kereta itu.

Disamping itu, kamera tembus pandang itu mampu mengambil imej nyata objek yang berada di dalam kepulan api dan asap kebakaran serta berjaya merakam imej sebuah pistol yang disembunyikan di dalam baju.

Menurut lembaga tersebut, mereka berjaya mengembangkan kamera tembus pandang itu dalam masa tiga tahun.

Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3 ! Jangan Jadi Macam Lelaki Ini

Seorang lelaki telah membeli Samsung Galaxy S3 dan membawanya ke kedai servis Samsung kerana ianya tak boleh connect pada WiFi dan juga beberapa isu lain. Pekerja Samsung tidak dapat mambantu lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk melihat dengan lebih teliti pada telefonnya itu. Cuba teka apa yang dia nampak?

#buta punya olang... terang2 kat depan dah tulis..









” Duit RM748,000 Untuk W1N Akhirnya Ke Rakyat Juga ” – Sultan Johor




JUMLAH RM748,000 adalah sangat besar semata-mata untuk sekeping plat kenderaan namun bagi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda tidak kisah kerana tahu duit berkenaan akan ‘kembali’ kepada rakyat.

Menurut kenyataan disiarkan The New Straits Times, jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan manfaat yang diperoleh oleh orang ramai.

Plat nombor W1N titah baginda, didapatkan menerusi cara yang betul iaitu dibida melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dimaklumkan terdapat ramai yang berminat dengan nombor pendaftaran tersebut.

Baginda menyifatkannya sebagai ‘cara Johor’ yang akan mendapatkan sesuatu dengan cara betul dan tidak melangkau prosedur sama seperti orang lain.

Dikenali sebagai pencinta kereta dan mempunyai banyak koleksi kenderaan termasuk kereta mewah edisi terhad, plat nombor W1N bagaimanapun akan dipasang pada kereta tempatan, Proton Suprima S milik baginda.



Tahun lalu, baginda Sultan Johor turut menarik perhatian ramai apabila membeli nombor plat kenderaan WW1 bernilai setengah juta ringgit. No plat yang mahal itu turut digunakan pada kereta tempatan, Proton Satria Neo.

Thursday, 23 January 2014

Isteri Dicerai Suami Kerana Terlalu Cantik

Tak cantik susah cantik pon susah , nasib malang seorang gadis di ceraikan suami selepas berkahwin tiga bulan lepas kerana terlalu cantik dan menawan kejadian ini berlaku di Melbourne.




Lelaki yang hanya dikenali sebagai Jason, 28, bertindak demikian akibat terlalu cemburu kerana ramai lelaki yang mengganggu isterinya setiap malam melalui telefon atau datang ke rumahnya.

"Saya tidak tahan dengan situasi kehidupan kami sekarang. Isteri saya mempunyai ramai peminat dan sentiasa diganggu. Mungkin adalah lebih baik kalau kami bercerai." katanya.

Isteri beliau, katy, 27, sangat terkejut dengan tindakan demikian dan tidak dapat menerima kenyataan, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jason tetap dengan pendirianya.

Pstt: Kesian malang sungguh cantik pon susah sebab banyak sangat peminat. Kalau korang dapat isteri cantik macam nie amacam?

Polis Buru Individu Pertama Sebar Gambar Mayat Nursyafiqah Di Internet



KUALA LUMPUR: Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.

Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan.

"Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat," Manoharan memberitahu Astro AWANI.

Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.

Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.

Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan.

Musa berkata perbuatan itu menunjukkan orang yang menyebarkannya tiada perasaan dan suka dengan keganasan.