Sunday, 24 November 2013
Budak Tingkatan Satu Dirogol Dalam Rumah Nenek
SETIU - Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam.
Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.
“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.
Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.
Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.
“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.
Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/
Kerja Paling Bahaya Di Dunia
Di Bukit Shifou,China terdapat kerja-kerja pembinaan laluan jalan. Ia dapat dikategorikan sebagai kerja paling merbahaya di dunia kerana bukit tersebut sangat curam. Mari kita lihat kerja-kerja pembinaannya:
SKRIN TV LED DALAM RIM MOTOSIKAL
Adakah anda mahu menjadi mat rempit paling PIMPED di kampung anda? Wheelies, sebuah rekaan terkini dari Thailand boleh menjadikan impian anda sebuah realiti. Wheelies ciptaan World Moto ialah rim tayar motosikal yang dilengkapi sistem LED yang mengubah rim tersebut mejadi skrin televisyen apabila ianya berputar. Pelbagai imej boleh diprogramkan kedalam rim Wheelies. Sebanyak 53 LED dipasang pada rim Wheelies bagi membolehkan ianya memaparkan imej. Buat masa ini anda boleh memilih untuk memaparkan gambar statik ataupun klip video sepanjang30 saat tetapi pihak Wheelies sedang berusaha membenarkan anda memacarkan video berterusan ke atas permukaan rim mereka. The downside is harga setiap Wheelies ialahUSD 1000 (RM 3181) dan mungkin terlalu mahal untuk dimiliki buat masa ini..
Friday, 22 November 2013
Kerana RM50, Gadis Ini Berlutut Dan Merayu Tanpa Berbaju Kepada Bapanya Di China
Hanya kerana RM50, gadis ini dihalau keluar dari rumah. Kami tak pasti apa cerita sebenarnya pasal duit itu tetapi kesian tengok si gadis ini berlutut dan tak berbaju dalam hujan. Dia merayu dan rayu tapi tidak ada orang dengar. Suaranya kedengaran meminta bapanya untuk memberinya RM50 ($15).

Subscribe to:
Comments (Atom)






















