Rahsia umur panjang bagi seorang lelaki di Bolivia, iaitu manusia paling tua di dunia ialah dengan makan cicak.
Flores Laura yang berketurunan Aymara itu, berusia 123 tahun dan menetap di kawasan tasik Titicaca. Dia yang kematian isteri sejak sedekad lalu, tidak pernah jatuh sakit.
Flores mempunyai tiga anak dan satu-satunya anaknya yang masih hidup adalah Cecilla yang kini sudah berusia 67 tahun. Meskipun hidup sendirian namun Flores mempunyai keluarga yang besar dan dikelilingi oleh 40 cucu serta, 19 cicit.
The Guinness World Records sebelum ini menyatakan bahawa manusia paling tua di dunia adalah seorang wanita dari Jepun iaitu Misao Okawa yang berusia 115 tahun.
Bagaimanapun selepas sijil lahir Flores Laura ditemui, ia tertulis bahawa lelaki itu dilahirkan pada 16 Julai 1890, sekali gus membolehkannya diisytihar sebagai lelaki paling tua di dunia.
Saturday, 16 November 2013
SENARAI 10 RAJA- RAJA DAN SULTAN TERKAYA DUNIA
Syukurlah melihat ramai yang beragama Islam. Mereka banyak bantu ummah dan tidak membazir dengan kemewahan yang diberikan oleh Tuhan yang Esa. Berikut adalah senarai 10 Raja-raja dan Sultan Terkaya Di Dunia..
PANGGUNG WAYANG PALING HEBAT DI LONDON
Di Malaysia kita ada beberapa pilihan menonton filem di wayang. Ada seat biasa dan seat couple. Kalau ada duit anda boleh menonton di panggung wayang Beanieplex TGV ataupun Signature GSC dengan kerusi empuk. Kalau ada duit lebih layan filem di IMAX yang membuatkan anda rambang mata. Di London ada Edible Cinema yang menawarkan kerusi empuk kulit dan pilihan makanan gourmet ketika anda menonton filem. Ada pilihan makanan barat dan cina yang dihantar ke kerusi anda apabila anda memesan. Anda juga boleh memesan champagne untuk diminum kerana maybe COKE is too mainstream. Pendek kata anda boleh rasa comfy macam menonton filem di rumah.
Wednesday, 13 November 2013
Mandi Berbogel Dikhalayak Ramai Untuk Promosi Sabun Mandi
Mandi Berbogel Dikhalayak Ramai Untuk Promosi Sabun Mandi | Sebuah syarikat di China baru-baru ini mengupah tiga wanita muda untuk berbogel bagi mempromosikan produk gel mandian berbentuk semburan.
Dengan tuala hanya dibalut di sekeliling kepala mereka, wanita-wanita itu kelihatan tidak malu sama sekali dan melayan pengunjung dengan mesra tanpa merasa janggal.
Mereka juga mempelawa penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum lelaki untuk membantu mengenakan produk itu pada badan mereka.
Teknik pegawai pemasaran yang hanya mempelawa pekerja sementara itu datang bekerja dan berbogel hanya berlaku sekali selepas pihak syarikat itu menyedari bahawa ia agak melampau, tidak patut dan tidak sesuai untuk tujuan promosi pada orang ramai.
P/s: Bukan namanya China la kalau selalu je buat benda yang pelik-pelik ni...
Cedera Dan Melecur, Samsung S3 Meletup Dalam Poket
Cedera Dan Melecur, Samsung S3 Meletup Dalam Poket | Seorang pelajar tercedera dan melecur di bahagian paha apabila telefon bimbit miliknya yang berjenama Samsung Galaxy S3 tiba-tiba meletup didalam poket seluarnya mengakibatkan seluarnya terbakar.
WISS: Seorang remaja Swiss melecur di bahagian peha apabila telefon pintar beliau Samsung Galaxy S3 meletup di dalam poket.
Fanny Schlatter,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket seluarnya.
Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny Schlatter berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar.’
Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital.
Cik Schlatter menjelaskan: ”Nasib baik rambut saya telah diikat dan mempunyai sweater yang sukar terbakar”. Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini.
“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan pengguna.
Ini bukan kali pertama bateri telefon telah meletup. Di tempat lain, bateri telefon secara spontan terbakar dalam poket belakang seorang lelaki dalam sidang DEFCON hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010, dan pada tahun 2009, seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau meletup sehingga terputus arteri lehernya.
Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit. – Agensi
Subscribe to:
Comments (Atom)










