Wednesday, 13 November 2013

400 Nama Pemohon BL1M ‘ghaib’ dalam senarai di Betong



Nama 400 pemohon BL1M ‘ghaib’ dalam senarai | BETONG, Isnin — Kira-kira 400 orang peserta yang telah memohon Bantuan Lesen Satu Malaysia (BL1M) dari Kabong, Saratok, Lubok Antu, Engkelili dan Betong menyerbu sebuah pusat memandu di sini seawal jam 7.00 pagi gara-gara mendapatkan bantuan itu, semalam. Namun begitu, terdapat beberapa orang kecewa kerana nama mereka tidak tersenarai dalam sistem maklumat pemohon.

Suasana semakin tegang sehingga jam 11.00 pagi apabila terdapat pemohon melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan dan nada yang marah kerana tidak terpilih dan tersenarai. Jumlah kesemua yang telah memohon program BL1M kali ini adalah seramai 1,500 orang merangkumi kawasan Kabong, Saratok, Lubok Antu, Engkilili dan Betong.

Bagi Daerah Betong sahaja, daripada 748 orang peserta, hanya 420 orang daripadanya telah selesai menjalankan ujian betulis pada 9 November 2013 (Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Memandu Jemri Amera, dekat sini. Bagi pemohon Daerah Saratok, pihak Pusat Latihan Memandu belum dapat mengenal pasti jumlah kerana nama pemohon masih belum diperolehi. Pelaksanaan program BL1M ini dilaksanakan di sebuah pusat memandu di sini.

Katanya, beliau cukup kesal dan dukacita di atas apa yang berlaku sehingga menghampakan perasaan ramai pemohon. Justeru beliau berharap agar pihak yang berwajib dan yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu memberi perhatian dan mengambil tindakan segera untuk diselesaikan. Dalam perkembangan lain, beberapa orang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hadir memberi penerangan dan cuba menenangkan peserta yang hadir dan terus sedaya upaya untuk mendapat jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan berharap mereka bersabar.

Turut hadir ditempat tersebut ialah kakitangan di Pejabat Wakil Rakyat Betong, Janting yang turut sedaya upaya untuk meredakan keadaan. Bercerita mengenai Program BL1M, ia terbuka kepada warganegara Malaysia berumur berusia antara 17 hingga 40 tahun yang tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu yang proses permohonan telah dilakukan pada awal Januari dan Febuari yang lalu dengan sistem pembayaran memalui pos.

Peserta yang gagal ujian berkomputer kali pertama akan dibenarkan untuk mengambil ujian sebanyak dua kali lagi tanpa dikenakan caj tambahan. Borang permohonan program BL1M disediakan kepada calon dalam tempoh dua minggu bermula 31 Januari. Borang berkenaan boleh didapati daripada 222 pejabat komponen parti Pemuda BN di seluruh negara, atau menerusi laman web www.bl1M.my dan www.myeg.com.my. Yuran RM199 hanya diterima dalam bentuk kiriman wang (money order), dan hanya diperlukan semasa penyerahan borang yang lengkap di pusat yang diluluskan. Sementara itu, rata-rata pemohon yang tidak tersenarai meluahkan perasaan marah dan kecewa. "Kami cukup kecewa dan marah dengan keadaan ini.

Kami pergi ke Pusat Latihan Memandu ini (Betong) sejak jam 4 pagi, semata-mata untuk mendapat dan memperolehi lesen ini, namun apa yang kami terima cukup menghampakan. "Kami cukup sabar menanti sehingga sekarang, tetapi kenapa hari ini nama kami tiada dalam sistem permohonan, sedangkan kami telah membuat bayaran dan resit telah membuktikan," jelas mereka lagi.- Utusan Sarawak

Seorang Buruh Maut Dikisar Lori Pembancuh Simen



Seorang Buruh Maut Dikisar Lori Pembancuh Simen | Seorang Buruh warga asing maut apabila dikisar pembancuh simen, hal ini terjadi ketika mangsa sedang mencuci sisa simen yang terdapat didalam pembancuh simen tersebut tanpa pengetahuan rakannya yang berada tidak jauh dari mangsa. Tanpa menyedari apa yang akan berlaku selepas itu, rakan kepada mangsa telah menghidupkan lori pembancuh dan tidak mengetahui mangsa berada didalam mesin pembancuh simen tersebut.
Mangsa, Bakis Jaujan, 37 maut apabila diputar bilah pembancuh simen tersebut. Mangsa mati di tempat kejadian. - Harian Metro

Remaja Ini Nekad Bunuh Diri Kerana Dipaksa Kahwin Dengan Perogol



Remaja Ini Nekad Bunuh Diri Kerana Dipaksa Kahwin Dengan Perogol | RABAT – Seorang remaja Maghribi 16 tahun membunuh diri selepas seorang hakim mengarahkannya mengahwini lelaki yang merogolnya, lapor media tempatan.

Tahun lalu ibu bapa gadis yang hanya dikenali sebagai Amina, memfailkan tuduhan ke atas perogol anak perempuan mereka, seorang lelaki 10 tahun lebih tua daripadanya namun hanya baru-baru ini seorang hakim di bandar utara Tangier memutuskan bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan. Beliau tidak menghukum perogol terbabit.

“Keputusan mahkamah untuk memaksa Amina berkahwin dengan perogolnya sepatutnya “menyelesaikan” isu keganasan seksual ke atasnya, namun ia menjurus kepada penderaan di dalam rumah keluarga suaminya,” lapor akhbar harian tempatan, al-Massae.

Al-Massae menyatakan trauma pengalaman menyakitkan akibat dirogol menyebabkan Amina memutuskan menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan racun tikus di rumah keluarga suaminya.

“Perkahwinan paksa seperti ini sudah berakar umbi dalam tradisi luar bandar tempatan yang didakwa bertujuan menyelamatkan maruah gadis yang dirogol,” kata akhbar itu.

Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya.

Pejuang hak asasi wanita sejak sekian lama menuntut satu pindaan terhadap artikel dalam undang-undang itu.

Pengarah Persatuan Perpaduan Wanita Hafida Elbaz, memberitahu al-Massae bahawa artikel itu memberi peluang untuk seorang pelaku jenayah mengelak dikenakan hukuman.

Kisah yang tersebar meluas dalam Twitter dan Facebook dengan kebanyakan pihak di Maghribi menuntut tindakan ke atas hakim yang mengeluarkan keputusan itu. – Agensi

Tuesday, 12 November 2013

Akhirnya Nuffnang Memilih Saya Juga..

Sekian lama saya menuggu saat ini, akhirnya CPUV (Cost-per-unique-visit) terpapar juga dalam pendapatan dalam akaun nuffnang saya, saya masih newbis dalam dunia blog ni..dah macam-macam saya kaji tentang blog ni..akhirnya berhasil juga..bak kata pepatah, biar genggam bara sampai jadi abu, jangan pula tangan melecur sudah..huhuhuhuhu..tiba masanya untuk kumpul unique visiter je lagi..yahooooooo!!!!! Betapa senangnya hati beta sekarang ini...thank Nuffnang...


Monday, 11 November 2013

Tips Mengatasi Masalah Tidur Berdengkur


Bila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Tapi boleh ke nak tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah tidur berdengkur? Dan kita jugak tak tahu, entah entah selama ni bunyi dengkur kita yang macam enjin turbo tu yang mengganggu tidur orang.
Punca dengkur ni bukanlah sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan tu. Dengkur terjadi sebab ada halangan pada saluran pernafasan mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin jugak faktor habuk/alahan. Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Daripada kita terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba untuk kurangkan masalah tu. Tak lah segan sangat bila terpaksa menumpang dekat rumah orang nanti. Jangan sebab dengkuran berkuasa turbo kita, tuan rumah yang  tak boleh tidur.
Cara atasi masalah berdengkur:

Ubah Posisi Tidur
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Turunkan berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
menyebabkan  risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.

Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur akan berkurang.

Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara yang bersih.

Guna ‘Breathe Right’
Mungkin ramai yang dah tahu pasal produk ni yang berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran semasa tidur. Tapi sejauh mana keberkesanannya, penulis sendiri tak tahu sebab tak pernah try. Cuma ada beberapa orang yang bagitahu, diorang still berdengkur cuma volume tu dah kurang. Dan ada yang kata memang pernafasan jadi lancar bila pakai strips tu kat hidung.

p/s: Kalau korang berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, baik pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur.