Sunday, 12 February 2017

Tips Memancing Udang

Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii) dinamakan juga udang raksasa sungai merupakan salah satu spesies udang yang banyak dibudidayakan. Udang Galah memang memiliki nilai ekonomis tinggi berkat rasa dagingnya yang gurih manis yang disukai banyak orang. Udang Galah memiliki habitat asli di perairan sungai berair jernih. Memancing dengan target udang Galah pun mengasyikkan. Cara mancing udang Galah memerlukan persiapan tersendiri.


Beberapa Alat Yang Harus Dibawa

1. Joran yang mempunyai ujung lentur dengan ring kecil.
2. Reel spinning kelas kolam atau boleh pula                               memanfaatkan penggulung kayu.
3. Senar jenis monofilament kelas 1 lbs hingga 2 lbs dan          leader kelas 2 lbs hingga 8 lbs.
4. Mata pancing dipakai kail khusus udang yang                       dinamakan circle hook nomor 9 hingga nomor 12.
5. Timah pemberat kecil dilengkapi stopper. Pilih timah           yang tak terlampau berat, cukup agar umpan tak terseret     arus.

Umpan Mancing Udang Galah

Umpan mancing udang Galah yang biasa digunakan adalah cacing susu, cacing tanah atau cacing bakau. Bisa juga menggunakan anakan udang. Sedangkan sebagai umpan bom gunakan remukan kelapa bakar. Mancing udang Galah hendaknya tak dilakukan ketika air pasang atau sehabis turun hujan lebat. Paling ideal adalah di kala musim kemarau dengan kondisi air sedang surut. Umumnya udang Galah aktif mencari makan ketika malam dengan lokasi kegemarannya ialah kayu-kayu yang terendam di sungai. Kecuali itu udang Galah pun kerap beraktifitas di dasar perairan.



Memahami Spot Mancing dan Jenis Umpan Yang Dipakai

Hal-hal yang harus diketahui saat mencari spot udang Galah diantaranya adalah : pahami bentuk dasar sungai lokasi mancing yaitu pilih dengan struktur berliku. Idealnya cari dasar sungai dengan cekungan dimana disitu arus air tak kelewat santer. Di cekungan tersebut biasanya udang Galah sering berada.

Jika udang Galah incara memiliki berat 300 gram ke atas maka biasanya umpan langsung dibawa kabur yang ditandai dengan ujung stick pancing yang melengkung. Sementara ukuran di bawahnya saat menyambar umpan maka tandanya ujung joran bergerak naik turun. Mancing udang Galah butuh kesabaran dan perasaan. Ketika umpan disantap udang, jangan langsung digentak sebab akan mengakibatkan mulut udang bisa sobek. Tarik joran perlahan seraya menggulung reel dimana posisi ujung joran di atas udang dan senar tegak lurus permukaan air. Udang Galah bila mengenai kail maka akan mundur ke belakang dengan menekuk tubuhnya. Bila joran dihentakkan kelewat kuat maka akan menyebabkan mulut robek.

Ketika udang Galah sukses didaratkan maka jangan meng-klik ekor udang sebab udang ini memiliki sungut tajam, dan juga kepala udang terdapat tanduk dengan gerigi tajam yang mampu menembus kulit jari tangan. Sedangkan capit tak terlalu membahayakan dengan syarat tak mengenai ujung capit yang tajam.

Tuesday, 15 July 2014

MUMTAZ BEGUM : MANUSIA SEPARA MUSANG TARIKAN PELANCONG DI ZOO PAKISTAN

Zoo Negara ada Panda dari China yang kini menjadi tarikan rakyat jelata. Di Zoo Karachi mereka ada Mumtaz Begum sebagai penarik pelawat.Mumtaz Begum ialah wanita dengan badan separa musang yang sudah menjadi tarikan pelancong sejak 35 tahun yang lalu. Orang ramai akan datang melawat manusia hibrid ini untuk menilik nasib, menanyakan soalan peperiksaan dan juga meminta jodoh. Setiap pengunjung akan membaway Rp 10 untuk melihat dan meminta tilikan dari Mumtaz.

Yang menariknya disini ialah Mumtaz Begum sebenarnya seorang lelaki bernama Murad Ali (31). Beliau melakonkan watak Mumtaz sejak 16 tahun yang lalu sejak kematian bapa beliau yang merupakan pelakon asal aksi karnival ini. Beliau terpaksa berlakon sebagai Mumtaz lengkap dengan solekan tebal selama 12 jam sehari. Pada asalnya Mumtaz hanyalah tarikah fun fair yang menarik perhatian orang ramai. Lama-kelamaan kerana popular beliau mula dipamerkan di dalam zoo ini untuk tontonan umum. Ramai tahu Mumtaz bukanlah haiwan hibrid musang tetapi hanyalah helah Murad Ali dan bapa beliau tetapi kerana ianya tarikan turun temurun, tarikan ini dikekalkan di dalam zoo.




Kejadian Aneh Berlaku di Malaysia Awal Pagi

Pada awal pagi semalam, kekecohan hampir tercetus apabila kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di Johor Bahru mendesak agar majikan mereka memanggil bomoh untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkna kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.

"Lebih kurang jam 8.30 malam, pekerja terbabit mula mengadakan perhimpunan. Mereka semua amat bimbang menjadi mangsa yang seterusnya." jelas Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Seperintendan Mat Akhir Jaafar. Difahamkan, kebanyakan warga Nepal yang berkerja di situ masih berpegang kepada kepercayaan karut dan berfikir bahawa hantu yang telah membunuh 4 orang rakan mereka yang telah meninggal dunia sebelum ini. Walaubagaimana pun, perhimpunan yang melibat 200 orang warga Nepal tersebut tidak bertukar menjadi rusuhan.

Anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaga-jaga ketika warga Nepal berhimpun depan kilang di Jabi, kelmarin. Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).





Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.

“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.
"Kami dapati kebanyakan perkerja Nepal ini gemar mengambil minuman keras yang tidak berjenama, dan perkara ini berkemungkinan boleh menyebabkan maut." Jelas Mat Akhir.Selain itu, beliau juga mendakwa, faktor pemakan dan persekitaran kediaman yang tidak baik juga boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan kepada mereka.

Mengambil langkah solusi kepada perkara ini, pihak pengurusan kilang tersebut tetap membuat keputusan untuk menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang dipercayai oleh pekerja-pekerja Nepal tadi.

KERETA MEWAH TERBIAR DI DUBAI

Di Dubai kereta mewah mungkin nilainya hanya seperti sebuah Proton Saga. Kereta - kereta mewah ini terbiar di bawah cahaya terik mentari Dubai tanpa dipedulikan pemilik. Kebanyakkan ditinggalkan oleh tuan punya yang dibuang kereja selepas kejatuhan ekonomi dunia. Balik kampung tanam jagung tinggal kereta yang tidak habis dibayar berdebu di Dubai.




WANITA MUNGKIN DIPENJARA SEUMUR HIDUP KERANA MENYELAMATKAN ITIK DI TEPI JALAN

Emma Czornobaj (25) mempunyai hati yang kudus. Pada tahun 2010 ketika memandu di Lebuhraya Montreal Kanada beliau menghentikan kenderaan di atas jalan raya bagi menyelamatkan beberapa anak itik yang dilihat di bahagian pembahagi jalan. Tindakan berperikemanusiaan ini beliau ini mengakibatkan berlakunya kemalangan maut yang meragut nyawa Andre Roy (50) dan anak bekiau Jessie (16). Pihak juri mendapati Emma bersalah memandu dengan merbahaya kerana memberhentikan kenderaan pada lorong laju lebuhraya. Beliau juga didapati bersalah mengakibatkan kematian akibat pemanduan bahaya ini.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Pihak pembelaan mahu hukuman Emma dikurangkan kerana beliau bukan sengaja mahu mengakibatkan kematian tetapi bertindak atas dasar cintakan haiwan. Mereka juga berkata Andre dan anak beliau mungkin tidak meninggal dunia jika mereka memandu mematuhi halaju lebuhraya. Bapa yang menunggang motosikal pada hari kemalangan didapati memandu melebihi halaju yang ditetapkan sekurang-kuranya sebanyak 20 batu sejam. Isteri beliau yang mengekori dengan sebuah lagi motosikal terselamat walaupun turut merempuh kereta Emma kerana beliau memandu pada halaju yang ditetapkan. Sungguhpun kehilangan anak dan suami tercinta, Jessi Roy tidak menyalahkan Emma atas kematian mereka. Sad. Nak buat baik berpada - pada.