Thursday 24 April 2014

Aksi "GELOJOH" Wanita Bertudung Dengan Kekasih Dalam Kereta Dirakam




Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung. Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.

(3 Gambar) Aksi Tak Bermoral Gadis Zaman Sekarang Dalam Tandas



Apabila manusia itu yang diciptakan akal dan fikiran dengan sempurna, manusia itu semestinya mampu membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk.

Namun, semakin canggih dan berkembang dunia sekarang ini, ramai juga manusia yang tidak mampu untuk menggunakan ciptaan Tuhan itu dengan baik.

Seperti kebiasaan orang berkata, otak itu ‘diletakkan’ di lutut hingga menampakkan diri kita sendiri dungu dan bodoh.

Malah, agama juga diletakkan ke tepi demi menegakkan nafsu yang sentiasa membuak-buak dalam hati.

Ini gambar-gambar yang penulis temui dalam internet.

Beberapa gadis anak Melayu yang berperangai secara terbuka dan seakan-akan hilang malunya.

Mereka dilihat bercumbuan sesama sendiri, memakai pakaian yang seksi selain tiada langsung malu kerana berani membuka seluar dan duduk di mangkuk tandas!

Astaghfirullah!

Gambar mereka itu ditangkap sendiri oleh mereka dan kemudiannya dimuat naik ke laman sosial Facebook mereka.





Apakah mereka sengaja mahu menguar-uarkan setiap tindakan atau perbuatan tidak bermoral dan ternyata salah di sisi agama itu kepada umum?

Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka sedar akan perbuatan yang menjatuhkan maruah mereka ini sendiri termasuk diri kita.

Kerana, Allah S.W.T sendiri sudah mengatakan, umat Islam selepas Nabi Muhammad adalah umat yang sentiasa cuai dan leka untuk beribadah kepada Pencipta.

Serta, sentiasa menurut hawa nafsu dan tidak putus-putus melakukan maksiat.

“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka)” – Surah Mariam; 59.

Kembalilah kepada fitrah manusia, setiap dosa yang dilakukan itu, Allah S.W.T sentiasa melihatnya.

Astaghfirullah…

iPhone Guru Wanita Dicuri 6 Gambar "Panas" Tersebar Di Facebook



Seorang guru wanita di Amerika Syarikat mengaku foto bogelnya telah disebar di Facebook setelah iPhone miliknya dicuri.

Wanita yang berasal dari Ohio adalah seorang guru IPA kelas 5 di Sekolah Mubaligh di wilayah Cincinnati ini melaporkan kehilangan iPhone pada 24 November 2013.

Sehari selepas ia dilaporkan hilang, foto-foto bogelnya tersebar luas di Facebook.

Jurucakap sekolah menegaskan apa yang terjadi diluar kawalan sekolah. Ibu bapa pelajar sekolah tersebut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada guru ini namun mereka agak kesal dan terkejut dengan gaya hidup yang guru tersebut amalkan.






Pelajar Perempuan Dicekup Terbaring Tanpa Pakaian



KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.

Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertudu­han khalwat.

Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.

Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan.

"Saya Tidak Kisah Tubuh Dijamah Mata Lelaki"



“Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.

Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.

Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.