Saturday 19 October 2013

Pelik! Bagaimana Manusia Ini Boleh Terapung Di Udara

Jika di Bukit Bintang, sudah pasti anda akan teringat tentang manusia ‘emas’ dan ‘silver’ yang dilihat membuat aksi tersendiri. Aksi mereka turut dirakam oleh pengunjung yang berada di sana. Namun pernahkah anda melihat aksi orang terapung di udara? Rasanya tiada setakat ini melainkan ia dilakukan dalam persembahan khas di acara pentas. Beberapa orang dilihat membuat pertunjukan terapung di kawasan orang ramai lalu lalang. Ada juga yang memberikan duit sebagai tanda penghargaan. Boleh lihat gambar di bawah ini.









Rahsia Penjual Kereta Yang Kita Tidak Tahu (Menarik!)

Setiap orang yang sudah bekerja sudah semestinya mahu memiliki sebuah kereta. Maka pelbagai pilihan terpaksa dibuat sama ada mahu membeli kereta nasional ataupun import. Di sebelah pihak pula sebagai penjual, akan cuba menjadi salesman yang terbaik agar mendapat pelanggan. Pelanggan untung, salesman pun dapat komisen. Namun ada sesuatu yang agak menarik untuk dikongsikan bersama anda tentang rahsia penjual kereta. Namun jangan percaya bulat-bulat ya.



Iklan
Bila diaorang(jurujual kereta) menyiarkan iklan kereta, diaorang akan letak harga kereta paling murah. Gambar pula akan diletakkan antara koleksi gambar tercantik.

Bila anda telefon diaorang, barulah beritahu bahawa kereta itu tiada air bag, tingkap manual, tiada side skirt dan sebagainya. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan reaksi pertama anda. Dan kemudian akan lebih mudahlah kerja mereka.

Trade in
Apabila anda cuba trade in kereta anda mesti anda akan bercakap keadaan kereta anda dijaga dengan elok, tiada kerosakan, pemilik seorang yang cermat dan sebagainya. Jurujual kereta hanya sekadar mendengar sahaja leteran anda.

Itupun disebabkan untuk menjaga hati anda. Kalau nak diikutkan diorg bukan nak dengar sangat pun. Tapi disebabkan anda yang akan membeli diaorang wang diaorang ikutkan sahaja. Anda perlu ingat siapa sebenarnya jurujual. Anda atau mereka?

Tawar menawar
Jurujual kereta suka sangat kalau anda tawar menawar dalam masa yang sama cuba trade in kereta anda. Ini amat-amat memudahkan kerja mereka. Jurujual kereta akan lebih fokuskan kebaikan kepada kereta yang anda hendak beli.

Pasal soal harga trade in? diorg ikut saja berapa yang anda nak. Anda membebellah sorang-sorang. Asalkan harga yang anda mintak jangan lebih daripada harga yang diaorang dah set jer. Kalau anda tidak ada kemahiran tawar-menawar diaoanrg akan dapat untung lebih sikit. Yang penting anda beli kereta baru.

Maklumat
Sebenarnya time diaorang berborak-borak dengan anda, diorg akan jugak test-test anda dengan beberapa soalan tapi sebenarnya anda tidak akan perasan pun itu sebenarnya soalan. Jurujual kereta bukannya apa, diaorang cuma nak tau berapa banyak maklumat yang anda tahu pasal kereta.

Senangla diaorang nak letak harga nanti. Diaorang lagi sukakan kalau banyak maklumat yang anda tidak tahu. Diaorang sentiasa sudi menceritakan semuanya kepada anda. Upah untuk diaorang bercerita tu tak payah kire la, free of charge. Sebab diaorang memang gemar bercerita al maklum la jurujual.

Layanan
Kalau anda tengok kat luar diaorang ni mungkin seorang pendiam, tidak banyak cakap, tetapi time jual kereta diaorang berubah tu anda faham2 la ye. Diaorang cari rezeki. Kalau boleh memang diorg nak layan anda macam raja, nak puji anda kalau boleh biar sampai balik pun tersengeh-sengeh teringat pujian yang diaorang berikan.

Tapi diaorang puji sebenarnya bukan ikhlas sangat pun. Anda janganla perasan lebih sangat. Jurujual rela memberi layanan istimewa kepada anda asalkan anda beli kereta daripada diaorang.

Anak Meraung Ditinggal Dalam Kereta Berkunci

Belum lagi reda tentang kes kematian seorang kanak-kanak yang maut dalam sebuah kereta akibat ditinggalkan oleh ibunya Julai lalu (LINK), kini satu lagi kejadian serupa telah berlaku. Kali ini ia membabitkan seorang kanak-kanak lelaki. Update News difahamkan berkemungkinan kanak-kanak ini ditinggalkan dalam lingkungan setengah jam. Sebagai ibu bapa kita perlu jadikan perkara ini sebagai pengajaran. Jangan kita dianggap sebagai pembunuh satu hari nanti.



Julai lalu, negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya.

Kejadian menyayat hati itu seharusnya dijadikan iktibar oleh para ibu bapa agar ia tidak berulang pada anak mereka.

Namun tidak pasti atas alasan apa, kejadian lebih kurang serupa berlaku lagi di Ipoh, Sabtu lalu.

Ia disaksikan sendiri Ketua MCA Ipoh, Datuk Seri Micheal Chong.

Menurut Michael Chong, budak lelaki tersebut menangis sekuat hati memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV yang diletak di hadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan kerana enjin kereta dimatikan.

Dia menganggarkan, kanak-kanak tersebut mungkin telah terperangkap selama setengah jam. Sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan, dikhuatiri tragedi Julai lalu mungkin berulang semula.

Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Kepada para ibu bapa, tolonglah lebih peka dengan keselamatan anak anda. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Rekaan Tayar Tanpa Angin Pertama Di Dunia

Tayar tanpa angin? Itu memang kita pernah dengar apatah lagi kebiasaannya ia dipasang di basikal untuk golongan kecil. Tetapi apa yang kita cuba bincangkan di sini adalah cubaan untuk mereka tayar tanpa angin untuk kereta pertama di dunia. Rekaan ini seperti tidak logik, namun gambar-gambar di bawah ini akan cuba menerangkan segalanya. Update News difahamkan, tayar kereta ini merupakan idea daripada pengeluar tayar terkenal dari Korea Selatan iaitu Hankook. Beliau menamakan tayar ini sebagai i-Flex.



Pengeluar tayar terkenal dari Korea Selatan, Hankook, bakal menghasilkan tayar kereta canggih tanpa angin menjelang awal 2014. Tayar ini dikenali dengan nama i-Flex.

Selain tidak memerlukan angin sama sekali, tayar ini juga tidak memerlukan rim kerana ianya sudah terintegrasi di dalam tayar.

Tayar yang bersifat non-pneumatik ini dibuat dari bahan polyurethane sintetis dengan diproduksi dalam satu bahagian bersama rim, sangat canggih dan praktis. Tayar ini adalah jauh lebih ringan daripada tayar biasa dan dapat menurunkan penggunaan serta pengeluaran bahan bakar dibandingkan dengan tayar konvensional, dengan sisi keamanan kenderaan yang juga dikatakan meningkat.







Lelaki Gaya Ala ‘Predator’ Buat Laporan Polis (Apa Kes?)

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya pemuda ini yang berpakaian sut ala preadator di balai polis. Gambar yang sudah tersebar luas di Facebook ini mengundang persoalan kepada ramai orang khususnya rakyat Malaysia. Ada juga yang beranggapan, ia sekadar satu bahan lawak yang dimasukkan ke laman sosial. Namun Update News difahamkan tujuan lelaki ini hadir ke balai polis adalah untuk membuat laporan tentang kes penjualan sijil sakit (MC) kepada kakitangan awam mahupun swasta. Lelaki ini seorang doktor. Oh!

Gempar sebelum ini mengenai ‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.





Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?

Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.

Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.

Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?